Latest News

Tuesday 16 August 2016

CERITA Daerah Penampang Dan Datuk Seri Masidi Manjun

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) I want the Authorities to Reveal... Oleh FB Darell Leiking (screenshot) (screenshot) 
(ii) Finally A great Revelation... Oleh FB Darell leiking (screenshot) (screenshot)

BENARLAH kata orang, kalau dalam satu perahu semua penumpang adalah ketua pasukan, maka tidak akan sampai ke destinasi sebaliknya tenggalam ke dalam laut. Sebabnya, tidak ada seorangpun yang sanggup mengayuh perahu kerana ego. Demikian juga yang berlaku di pembangunan daerah Penampang. Memandangkan kerana ego, maka setiap pemimpin mempunyai caranya sendiri sehingga taburan pembangunan Penampang menyebabkan masalah kepada penduduknya khususnya masalah banjir.

Apabila pembangunan tidak mengikut konsep perancangan bandar yang teratur, maka masalah akan datang bertubi-tubi sehingga berlaku saling menuding jari antara semua pihak.

Penampang, memang dimenangi calon pembangkang pada PRU-13 yang lalu sebabnya kerana protes pengundi atau penduduk Penampang kepada wakil rakyat mereka yang gagal menjadikan kawasan Penampang, yakni kawasan yang kondusif untuk diduduki. Selepas kawasan itu dimenangi pembangkang, maka para pemimpin setempat bukan mengambil iktibar terhadap kekalahan itu, sebaliknya, menjadikan mereka saling berkumpulan dengan misi masing-masing sehinggakan penduduk penampang yang menjadi korban. Mungkin atas sebab itu, Datuk Seri Masidi Manjun seorang pemimpin daripada Ranau, namun semangatnya sebagai seorang keturunan Dusun, maka telah membuat kenyataan rasmi bahawa pembangunan kawasan daerah Penampang perlu dikaji semula. Asas kepada kenyataan itu adalah pembangunan Penampang yang sudah dan sedang berjalan, sebenarnya menyusahkan penduduk kawasan itu.

Ada juga kebenaran kenyataan MP Penampang, Darell Leiking bahawa sebagai wakil rakyat, beliau tidak pernah dijemput dalam sebarang mesyuarat berkaitan dengan hala tuju pembangunan Penampang dan atas sebab itu, tidak sepatutnya beliau dipersalahkan terhadap “kelam kabutnya” pembangunan kawasan itu. Sebenarnya, keadaan pembangunan yang “kelam kabut” itulah asas pengundi atau penduduk Penampang menolak calon BN pada PRU-13 lalu. 

Kini, para pemimpin yang sama di tambah dengan kelompok lain menjadikan pembangunan Penampang seperti rojak sehingga memaksa pemimpin lain seperti Datuk Seri Masidi Manjun membuat kenyataan atau cadangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook