Latest News

Thursday 18 August 2016

Cerita Olimpik RIO, BRAZIL


JIKA bercerita soal jumlah pingat, memanglah Malaysia belum layak bercakap banyak. Daripada sekian ramai ahli sukan, pingat pertama warna perak disumbang oleh penerjun bergu wanita negara, kemudiannya disusuli pingat gangsa dalam acara lumba basikal keirin. Malam tadi, pingat perak pula diperolehi melalui bergu campuran badminton negara.

Seterusnya, ingat perak dan kemungkinan 'emas' bakal diperolehi melalui bergu lelaki badminton. 

Penulis tidaklah menyebut berkaitan jumlah pingat atau siapa yang menyumbang pingat. Namun, penulis tertarik dengan komen pelumba basikal keirin negara, Azizulhasni Awang daripada Terengganu yang memuat naik sindiran pedasnya di laman facebook kepada Menteri Besar negeri kelahirannya yang tidak proaktif terhadap ahli sukan. 

Sukan, merupakan salah satu medium untuk menjadikan Malaysia terkenal di peta dunia selain masalah-masalah jenayah, dadah atau karenah pemimpin politik seperti mana dilakukan Datuk Seri Anwar dalam kes liwat beliau.

Apa yang malang, medium untuk mengharumkan negara ada pemimpin yang terlepas pandang. 

Tidak hairan, Malaysia sudah dikenali dunia selepas terbinanya Menara Berkembar Petronas, namun selepas itu masyarakat dunia terlupa semula di mana Malaysia. 

Nama negara muncul semula di peta dunia sejak awal  tahun 2014, apabila isu 1MDB dijadikan maskot sebagai faktor mengingat semula nama Malaysia.

Nampaknya, jika benarlah kenyataan pelumba basikal keirin negara itu, maka mungkin kenyataan itu hanya berupa “tip of iceberg”, kerana mungkin ramai lagi ahli sukan atau bidang lain mengalami masalah sedemikian.

Sebenarnya, MORAL cerita terhadap kenyataan Azizulhasni itu, memang terdapatnya para pemimpin negara ini gagal melihat ke depan tetapi sebaliknya, terpaku dengan faktor sekeliling sama seperti seekor kucing bermain-main dengan ekornya.

Memang kita akui, bagaimana negara dibangun selama 22 tahun. Fokus utama adalah dari segi infrastruktur mega, namun, infrastruktur itu sebenarnya bukan menyebabkan rakyat selesa atau sejahtera, sebaliknya mengundang masalah lain iaitu stres atau tekanan hidup.  Bayangkan untuk projek lebuh raya misalnya, jika rakyat sebelumnya tidak membayar tol tetapi kini melalui lebuhraya itu, maka terpaksa membayar tol! Demikian juga pembinaan kompleks-kompleks beli-belah, jika rakyat tidak membayar letak kereta sebelumnya, maka melalui pemodenan itu, rakyat terpaksa membayar tempat letak kereta.

Dato' Seri Najib Razak, mungkin merasakan stres rakyat itu dan atas sebab itu, muncullah NBOS (National Blue Ocean Strategy). Salah satu infrastruktur kemudahan yang terwujud melalui NBOS adalah pembinaan-pembinaan UTC (Urban Transformation Centre) yang melabuhkan semua agensi kerajaan yang berurusan langsung dengan rakyat, beroperasi 7 hari seminggu dengan masa yang cukup panjang iaitu 8 pagi hingga 10 malam.

Pembinaan UTC merupaka satu GAME CHANGER dalam segi pengurusan moden yang pernah terlahir dalam abad moden ini dan sepatutnya rakyat Malaysia berbangga kerana sistem pengurusan yang sedemikian canggih terwujud dalam negara. 

Najib Razak walaupun sebagai Perdana Menteri, beliau bukanlah Superman dan atas sebab itu, para pemimpin sokongan seperti Menteri Besar, Ketua Menteri atau para Menteri perlu juga proaktif dan berpandangan jauh.

Para pemimpin perlu mengambil ikhtibar akan gagahnya Malaysia pada satu masa dalam sukan sepak takraw, namun sukan itu bukan lagi sukan kebanggaan negara tetapi sudah dikuasai negara lain.

Dari segi bola sepak, memang banyak pihak menunding jari pada ukuran atau saiz pemain. Maka, atas sebab itu Malaysia tenggelam dalam arena sukan itu termasuklah pernah jadi budak belasahan negara yang baru merdeka malah oleh Palestin yang tidak bernegara, tiada padang bola. Saiz badan, sebenarnya bukan ukuran! Anda menyaksikan semasa menerima pingat gangsa di podium acara basikal keirin, saiz Azizulhasni berbanding dua pelumba semacam seorang anak kecil berbanding seorang dewasa.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin bahawa Malaysia tiada niat 'membeda' Sukan Olimpik kerana Malaysia bukanpun berpotensi mendapat pingat. Kenyataan itu, memang menggambarkan bahawa selagi terdapatnya para pemimpin yang tidak proaktif dan tidak berpandangan jauh, maka selagi itulah kualiti sukan negara akan terus muram. Tidak dapat dinafikan kejayaan Azizulhasni menyumbang pingat di Sukan Olimpik kerana bantuan sektor korporat sempena Road to London tahun 2009 hingga 2012 yang bernilai RM2 juta.

Tidak juga dinafikan terdapatnya pemimpin yang super proaktif, namun langkah cepat mereka tidak mampu diikuiti oleh para pelaksana yang 100 peratusnya penjawat awam dan kadangkala dibantu pihak swasta.

Program melalui NBOS yang diperkenalkan Dato' Seri Najib Razak untuk sementara hanya melalui pembinaan UTC telah berjaya, namun di bidang-bidang lain belum begitu menyerlah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook