Latest News

Wednesday 24 August 2016

DUA Jawatankuasa Yang Bakal Ditubuhkan Adalah...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa tentukan semua parti-parti Sabah bukan jual air liur saja kepada rakyat... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(ii) So, apa lah guna Pairin dulu bising2 pasal HAK SABAH sampai kunun lobi brabis itu RCI... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(iii) Bila mau dekat2 bubar kerajaan terus reka bermacam ragam strategi 'awan'... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)
(v) Maxsimus Ongkili cakap pasal MA63... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)
(vi) Si Madius cakap ada lebih penting dari MA63... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

SEMASA PBS memerintah tahun 1985 hingga tahun 1994 iaitu mereka telah bercakap berkaitan Perkara 20, bukannya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Percakapan berkaitan MA63 apabila Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bercakap mengenainya. 

Cakap-cakap berkaitan MA63 terus berkembang dan kini menjadi bahan politik yang bukan sahaja oleh parti pembangkang juga sebahagian pemimpin parti kerajaan.

Tiada yang boleh menyekat rakyat Sabah termasuk pemimpinnya bercakap berkaitan MA63 kerana perjanjian itu mengandungi dokumen-dokumen penting di mana dalam dokumen-dokumen tersebut tersenarai terma-terma perjanjian tersebut. 

Bercakap berkaitan MA63, tidak akan ke mana-mana jua jika tiada tindakan mengenainya. Perkara pokok yang mahu dilihat adalah apakah terma-terma dalam perjanjian itu bahawa 
ada yang dilanggar; 
tidak dilaksanakan atau 
semua telah selesai. 

Masalah yang timbul adalah tiadanya satu senarai keberhasilan berkaitan MA63, tiada dokumen atau laporan berkaitan keberhasilan mengenainya. 

Besar kemungkinan jawatankuasa yang diwujudkan adalah untuk mendokumentasikan pencapaian semua terma-terma dalam perjanjian tersebut dengan memberi angka kuantitatif 1-10. Di mana angka 10,9,8 merupakan nilai yang sangat memuaskan. Manakala angka 3,2,1 adalah bermaksud tidak tercapainya sasaran. Hanya melalui laporan terperinci sahaja akan diketahui apakah MA63 telah mencapai sasaran kerana tanpa laporan yang terperinci, maka setiap orang akan terus teraba-raba. Malah, sesetengah pihak akan menjadikannya sebagai isu politik.

Jawatankuasa yang bakal ditubuhkan antara lain berkaitan dengan borneosisasi dan penurunan kuasa. Jawatankuasa tersebut sudah tentunya melihat terma-terma serta senarai-senarai dalam MA63, kemudian pencapaiannya akan dikuantitatifkan bagi memudahkan penjelasan agar semua pihak faham mengenainya. 

Memang wajar jika sebuah komponen parti menubuhkan jawatankuasa dan kemudiannya jawatankuasa itu boleh dianggotai bukan sahaja oleh pemimpin PBS, malah parti komponen lain kerana jawatankuasa itu mempunyai misi untuk menyelesaikan isu MA63 secara "once for all". Jika sebelum ini para pemimpin sama ada daripada kerajaan atau pembangkang hanya bercakap secara retorik berhubung dengan MA63, maka dengan terbentuknya jawatankuasa-jawatankuasa tersebut akan lebih mudah membuat rangkuman. Hal ini kerana kerana apa sahaja temuan jawatankuasa tersebut akan dirumuskan melalui satu laporan utama untuk dinilai oleh semua pihak.

Apa yang dilihat melalui laporan itu nanti pada sudut mana terma-terma dalam MA63 yang perlu ditambah baik dan seterusnya pada sudut mana terma-terma yang sudah terlaksana. Adalah memudahkan semua pihak untuk membuat keputusan jika terdapatnya laporan utama yang dibuat secara kolektif.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook