Latest News

Tuesday 23 August 2016

ETNIK BUGIS Dan JAWA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Isu 'Memang ada dalam sejarah keturunan di Sabah (screenshot)

PULAU Borneo adalah pulau yang dikongsi antara Malaysia dan Indonesia. Sebagai pulau yang dikongsi, tidak mustahil berlakunya perpindahan penduduk antara satu tempat dengan tempat lain yang berdekatan khususnya di kawasan sempadan.

Di Sabah, etnik Bugis atau Jawa adalah lebih dikenali sebagai rakyat Indonesia. Penempatan etnik ini terdapat di kawasan-kawasan sempadan khususnya di kawasan Tawau. 

Pada tanggal keramat 16 September 1963, di saat mana North Borneo bersama tiga wilayah lain membentuk Persekutuan Malaysia yang telah disepakati, siapa sahaja penduduk yang didapati berada di tanah Borneo Utara (Sabah) secara automatiknya menjadi rakyat atau warganegara tidak kira latar belakang etnik. 

Oleh kerana etnik Bugis dan Jawa lebih dikenali sebagai rakyat Indonesia, maka mereka yang lahir selepas merdeka menganggap jika ada etnik Bugis atau Jawa sebagai rakyat Malaysia, maka dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI), sedangkan kaum lain seperti Cina tidak mendapat gelaran sedemikian. Bagaimana, adilkah? Renung-renungkan!

Seharusnya individu seperti Doris Jones yang telah bertukar nama kepada nama mat salleh sedar betul bahawa dia termasuklah mantan penduduk Sabah (Pulau Labuan kini W.P Labuan) yang telah bermigrasi ke North Borneo daripada tanah besar China. Manakala Bugis tidakpun bermigrasi kerana tinggal di pulau yang sama dengan penduduk asal Sabah. Manakala Jawa yang sinonim dengan Pulau Jawa tidak semestinya tinggal di pulau itu kerana etnik ini duduk merata tempat di nusantara ini.

Berbagai etnik yang terdapat di Sabah termasuklah etnik minoriti seperti Bugis, Jawa, Cina dan etnik-etnik lain adalah hasil daripada bermigrasinya penduduk tersebut ke Sabah sebelum Sabah merdeka. Selepas merdeka, maka telah diputuskan sesiapa sahaja penduduk tinggal di Sabah sebelum merdeka secara automatiknya adalah rakyat jati Sabah.

Sifat manusia pasti bertambah kerana berkahwin dan kemudian beranak-pinak, bercucu sehinggakan menurut masa, jumlah mereka generasi baru pasti akan bertambah. Namun, jika dinisbah dengan jumlah penduduk Sabah, peratusan mereka adalah sama sebelum Sabah merdeka. Angka matematik, 1 daripada 4 adalah sama dengan 25%, 10 daripada 40 juga 25% dan 1000 daripada 4000 adalah juga 25%. Demikianlah seterusnya!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook