Latest News

Thursday 4 August 2016

FITNAH! Pertubuhan UMNO Bahagian Semporna MASIH WUJUD

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hahaha... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

SEBENARNYA, jika berlaku persengketaan berkaitan alamat atau tempat di mana sesebuah bahagian atau cawangan dan ada pihak memohon alamat yang sedia ada tersebut dibatalkan, ia juga tidak membawa apa-apa mudarat kepada kewujudan bahagian dan cawangan kerana pihak yang mempunyai kuasa membatalkan bahagian atau cawangan adalah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO.

Jika pihak tertentu di Semporna mahu membatalkan alamat seperti mana yang diviralkan melalui facebook tersebut, ianya bukan masalahpun. Ini kerana Pejabat Setiausaha Bahagian atau Bahagian boleh bertempat di mana-mana sahaja asalkan diluluskan oleh pendaftar pertubuhan.

Bahagian UMNO Semporna masih wujud dan kini dipangku oleh Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Nasir Tun Sakaran. 

Dalam perlembagaan UMNO, Ahli Majlis Tertinggi atau Majlis Kerja Tertinggi mempunyai kuasa penuh berkaitan kewujudan sesebuah Bahagian atau Cawangan. Oleh kerana MKT telah menyatakan bahawa Bahagian Semporna masih kekal, maka tidak timbul seperti mana dakwaan penulis blog tersebut.

Semporna dikatakan mempunyai lebih 20 ribu ahli. Jika 300 daripadanya keluar kerana ikut jejak Datuk Seri Shafie Apdal, itu sebenarnya tidak berimpak besar terhadap jumlah keahlian.

Apa yang berlaku di Semporna sekarang sebenarnya bukan soal jumlah keahlian, akan tetapi persepsi. Persepsi yang bakal menentukan siapa bakal menang bagi Parlimen Semporna dan tiga DUN pada PRU-14 akan datang. 

Bagi mereka yang mempermasalahkan jumlah keahlian di Semporna, sebenarnya untuk masa ini sukar diramalkan kerana keadaan semasa yang tidak menentu. Bergantung kepada Datuk Nasir bagaimana menenangkan keadaan tersebut. Ujian paling getir adalah melalui PRU kelak. PRU-14 merupakan penentu dan muktamad apa yang berlaku di Semporna nanti. Sama-sama kita saksikan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook