Latest News

Tuesday 23 August 2016

FITNAH UMNO/BN SABAH Menjaga PATI Suatu Dakwaan Syiok Sendiri

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KERAJAAN UMNO/BN SABAH TAK JAGA ORANG TEMPATAN... Oleh FB TJ Ajamain (screenshot)

MEMANG terdapat pengguna facebook yang syiok sendiri bercakap soal-soal PATI tanpa memberi kredit kepada tindakan kerajaan berkaitan pendatang asing. Kerajaan bukan sahaja menubuhkan RCI (PATI) Sabah, tetapi juga terpaksa berbelanja ratusan juta ringgit termasuk membina penampungan sementara, kos operasi, kos makan minum, kos menghantar pulang dan kos mahkamah malahan juga kos penjara.

PATI bukan atas kehendak kerajaan kerana kerajaan sudah bertindak menghalang kemasukan PATI termasuk menubuhkan ESSCom/ESSZone dengan kos mencecah ratusan juta ringgit. Namun, ada juga PATI yang berjaya masuk. Panjang dan luasnya pantai Sabah khususnya di Pantai Timur adalah lebih 1000 km termasuk dekatnya negara jiran dengan sempadan, maka merupakan cabaran besar kepada kerajaan bagi membendung kemasukan PATI.

Malaysia yang merupakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan kemanusian tidak boleh bertindak ganas atau kejam termasuk membunuh PATI kerana tindakan itu melanggar piagam PBB atau kemanusiaan.

Pemilik facebook itu hanya syiok sendiri kerana tidak ada sumbanganpun bagaimana menghalang kemasukan PATI. Mungkin sahaja dia adalah sebahagian daripada pelindung PATI sebabnya banyak kejadian mereka yang nampak sangat anti PATI adalah pelindungnya. Akan tetapi, tukang kebun dan pembantu rumah kebanyakan adalah PATI. Malah, mereka yang membaiki atau pengubahsuaian rumah termasuklah membaiki paip pecahpun adalah PATI. Sebabnya, tenaga kerja itu mudah didapati berbanding pekerja tempatan yang banyak karenah dan demand.

Malah, terdapat mereka yang beria-ia sangat menceroboh tanah kerajaan kononnya untuk tujuan berkebun atau berladang akan tetapi para pekerjanya adalah PATI. Sila cuba bersiar-siar (jalan-jalan) di kebun-kebun sayur milik orang tempatan, siapakah pekerja mereka? Atau cuba jalan-jalan di pasar sayur khususnya di Kota Kinabalu, siapa yang bekerja? Kerana lesen berniaga adalah milik orang tempatan tetapi yang jaganya adalah PATI iaitu tajaan orang tempatan sendiri. Sedarkah anda sekiranya menyalahi kesemuanya kepada kerajaan? Fikirlah sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook