Latest News

Friday 12 August 2016

FORUM SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA & PERJANJIAN MALAYSIA 1963 Zainnal Ajamain Sudah Termasuk Pemfitnah Di Media Sosial

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini...mana satu betul... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Betukah ini... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KALAU benarlah “update” di wall facebook “penulis” yang mengelarkan dirinya itu pakar Perjanjian Malaysia 1963, maka kini dia sudah termasuk dalam golongna pemfitnah. Dengan “update” itu, maka tercerminlah siapa Zainnal Ajamain yang sebenarnya. Betullah kata orang ramai, dia itu ingin dikenali dan juga ingin pengiktirafan. Mengapa dia sanggup memfitnah forum terbaru yang berkaitan MA63 anjuran Dato' Sri Anifah Aman? Sebabnya, dulu dia terlibat dengan forum ini. Namun, apabila didapati kebanyakan hujahnya hanya “pandangan” peribadi dan bukan berasaskan fakta, maka dia diketepikan. 

Mereka yang terlibat dalam forum ini kerana mereka itu bercakap hanya berasaskan fakta dan tepat seperti mana terdapat dalam dokumen-dokumen sebelum dan semasa MA63 ditandatangani. Bukannya memberikan pandangan berasaskan pada masa kini atau pandangan peribadi berkenaan perjanjian tersebut.

Rakyat yang hidup hari ini majoritinya tidak terlibat dengan MA63. Atas sebab itu, mereka yang mengkaji dokumen-dokumen MA63 dan memberi hujah adalah berasaskan dokumen-dokumen itu yang diperlukan untuk pengetahuan rakyat. Bukannya seperti Zainnal yang membuat hujah seolah-olah dialah yang terlibat sebelum dan semasa MA63 ditandatangani.

Kini, apabila Zainnal merasakan bahawa hujah-hujah atau pandangan beliau hanya bercorak persepsi dan pandangan peribadi, maka tiada siapa yang memerlukan lagi. Atas sebab itu, beliau terdesak maka terpaksa memfitnah yang kononnya mereka yang terlibat sebagai pemudah cara atau penghujah dalam forum itu kononnya dibayar UMNO.

Forum yang diadakan adalah satu cara untuk merungkai atau memberi pengetahuan kepada rakyat berkaitan dengan MA63. Ini kerana ramai yang memutar belit berkaitan dengan dokumen tersebut. Memang benar bahawa Datuk Dr. Jeffery Kitingan merupakan salah seorang pemudah cara walaupun beliau merupakan ahli politik pembangkang. 

Namun, dirasakan gelaran PhDnya yang ada pada beliau, beliau tidak akan berkompromi, kerana beliau tidak mahu tercatat sebagai pendusta atau pembohong seperti mana yang berlaku pada si Zainnal. Kini, apabila buku beliau dibaca oleh rakyat, maka didapati apa yang ditulis merupakan ulasannya sendiri dan bukannya berasaskan fakta pada dokumen MA63. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook