Latest News

Friday 12 August 2016

Inilah Gambar Kitar Semula, JANGAN DILAYAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)masih lagi surau ini terbenkalai hingga kini 11.8.2016... Oleh FB Milin Biok Jr

INILAH masalah utama laman sosial seperti facebook (tapi bukan salah facebook, penggunanya), gambar lama boleh diputar semula. Gambar yang diviralkan oleh pengguna facebook itu sebenarnya beberapa kali muncul dalam laman facebook dengan berganti-ganti di wall facebook. Oleh kerana pengguna facebook tersebut mempunyai motif buruk, maka tidak menyertakan tarikh gambar itu pada mula-mula dipaparkan.

Tujuan menaikkan semula gambar seumpama itu, sebenarnya bertujuan menghasut. Atas sebab itu, pengguna facebook itu menggalakan mereka yang terlihat gambar itu agar berkongsi.

Gambar yang diviralkan itu sebenarnya mereka yang menceroboh tanah SAFODA di Kota Marudu. Memang bertahun-tahun mereka itu diberi notis oleh agensi kerajaan itu untuk keluar daripada kawasan SAFODA. Namun, mereka enggan dan degil dengan memberi berbagai alasan yang kononnya hanya bercucuk tanam, mengusaha tanaman kontan dan sambil itu memberi jaminan tidak menganggu kayu-kayu tanaman agensi tersebut.

Dakwaan kononnya, kerajaan merampas tanah mereka sebenarnya hanya alasan. Sebabnya, tidak ada kerajaan merampas tanah rakyat kerana kerajaanlah yang memberikan tanah. 

Untuk pengetahuan rakyat semua, tanah adalah tanah kerajaan. Apabila tanah kerajaan diberikan kepada rakyat, ertinya, rakyat telah memohon. Kerajaan boleh memberikan tanah kepada rakyat dengan berbagai tujuan. Antara lain untuk pertanian, kediaman atau atas pertimbangan “customary right”, iaitu keadaan di mana penduduk meneroka tanah kerajaan turun-temurun termasuklah terdapatnya tempat-tempat perkuburan nenek moyang mereka.

Anda perlu tahu tiada istilah kerajaan merampas tanah rakyat. Jika ada yang menggunakan istilah itu, maka mereka itu sebenarnya berbohong, berniat jahat dan hanya bertujuan untuk kepentingan diri sendiri selain terpaksa. Atas kerana telah mendapat bayaran atau dijanjikan bayaran oleh tauke-tauke pembeli tanah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook