Latest News

Thursday 11 August 2016

ISU AIR KERUH KOTA MARUDU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) jalur temberang paling tinggi tapi air di KOTA MARUDU prestasinya rendah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MENGAPA salahkan Jabatan Air Daerah Kota Marudu? Sedangkan kewujudan jabatan itu adalah untuk melancarkan kemudahan air di kawasan itu. Untuk pengetahuan pembaca termasuk Doris Jones sendiri, sesebuah jabatan perlu diwujudkan terlebih dahulu sebagai perancang dan pengurus di sesebuah kawasan untuk infrastrukur yang bakal diwujudkan. Tanpa kehadiran jabatan, bagaimana ianya dapat dirancang? 

Jabatan Air Kota Marudu mempunyai tugas berat untuk merancang dan mengenal pasti sumber air. Kemudiannya, dicadangkan membina loji pemprosesan air yang boleh mengeluarkan air yang cukup untuk seluruh penduduk daerah tersebut. 

Diadakan Jabatan Air seperti menyediakan dapur, tempat memasak dan sebagainya sebelum sesebuah restoran makan beroperasi. Demikian juga Jabatan Air Kota Marudu. Kehadiran jabatan itu menunjukkan bahawa kerajaan sangat serius mengurus masalah air di kawasan tersebut.

Memang sebagai permulaan sebelum semua sambungan air dipasang dan loji air yang boleh mengeluarkan air bersih untuk keperluan pengguna, maka kadangkala kualiti air tidak sempurna disebabkan air  yang diproses itu tidak cukup matang diloji. Hal ini kerana terpaksa disalurkan juga untuk keperluan penduduk.

Memang warna air yang cantik adalah yang berwarna jernih, namun kualiti air bergantung kepada hadirnya bakteria atau kotoran yang boleh membawa penyakit. Air yang disalurkan kepada penduduk sebenarnya mempunyai kualiti yang dijamin oleh Jabatan Air menurut standard yang diperlukan walaupun warna air itu tidak sejernih air yang benar-benar matang untuk disalurkan. Sila baca dengan teliti.

Air memerlukan masa untuk proses pengendapan agar tanah yang “soluble” dalam air dapat diendap dengan sempurna. Namun, kerana kekurangan sumber air di Kota Marudu, maka air yang pra-matang terpaksa juga disalurkan.

Kerajaan melalui Jabatan Air sedang berusaha untuk mendapatkan sumber air yang mencukupi untuk keperluan penduduk.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook