Latest News

Monday 22 August 2016

ISU BUNG MOKTAR Terhadap Pelaburan FELCRA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bung Mokhtar billionaire... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

TIDAK jelas kes apa berkaitan pelaburan FELCRA yang membabitkan Datuk Bung Moktar Radin jika benar apa yang dilaporkan pihak-pihak tertentu yang kononnya pelaburan yang membabitkan FELCRA itu adalah pelaburan unit amanah. Oleh kerana selain Bung, isteri beliau juga dipanggil SPRM. Dilaporkan juga bahawa Lembaga Pengarah FELCRA akan turut sama dipanggil.

Sebenarnya, jika diteliti pelaburan melalui unit amanah adalah tidak salah, yang salah adalah FELCRA bukan bertujuan demikian. FELCRA hanya mempunyai peranan memajukan tanah-tanah persekutuan untuk peladangan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Pelaburan FELCRA dalam bentuk unit amanah tidak salah dan menyalahi undang-undang kerana wang pelaburan itu tetap selamat dan terjamin walaupun dalam bentuk unit. Pelaburan unit amanah boleh mendatangkan pulangan antara 8-10 peratus setahun untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun. Apa yang mungkin dianggap silap adalah cara syarikat itu memohon daripada Kementerian Kewangan. Namun, tidak diketahui alasan yang diberikan syarikat tersebut kepada kementerian tersebut sehinggakan SPRM campur tangan untuk menyiasat. Bagi SPRM, apabila melanggar prosedur sesuatu syarikat, maka adalah dianggap salah meskipun niat Bung Moktar bersama lembaga pengarah syarikat (BOD) itu untuk mendapatkan pulangan yang tinggi kepada syarikat.

Pada asasnya, Bung Moktar tidak ada kuasa meluluskan wang sebanyak RM150 juta, demikian juga lembaga pengarah kerana hanya Kementerian Kewangan sahaja yang mempunyai kuasa. Namun, bagi maksud agar Kementerian Kewangan meluluskan, maka BOD FELCRA perlu membuat perakuan berkaitan tujuan mengeluarkan wang daripada syarikat dan apabila BOD menulis surat permohonan kepada kementerian tersebut, maka surat tersebut ditandatangani oleh Pengerusi yakni dalam perkara ini adalah Datuk Bung Moktar Radin.

Terlalu awal untuk merungkai perkara ini kerana SPRM masih menyiasat. Apabila siasatan siap, maka akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Itupun kalau SPRM mendapati ada salah laku. Tetapi jika tiada, siasatan itu hanya tinggal siasatan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook