Latest News

Wednesday 17 August 2016

ISU GAS AMMONIA BOCOR DI SIPITANG: Kelemahan Buatan Manusia

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mana pandainya PETRONAS... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SUNGGUH dungu punya Doris Jones! Masih ingatkah peristiwa Reaktor Chernobyl, Russia yang meletup suatu ketika dulu? Russia yang merupakan salah sebuah negara maju dengan mempunyai kepakaran teknologi terbaik di duniapun tidak dapat juga mencegah letupan reaktor nuklearnya yang menyebabkan ribuan terbunuh dan yang hidup mengalami kecacatan kekal. Bayangkan! Sehingga hari ini, kawasan Chernobyl ditutup ekoran pencemaran tersebut.

Projek Urea milik Petronas di Sipiting yang masih dalam pembinaan oleh syarikat Jepun Mitsubishi Heavy Industries Bhd, mengalami kebocoran pada batang paip sehingga menyebabkan bocornya gas ammonia sehingga menyebabkan dua (2) pekerja syarikat itu maut.

Kilang yang berkaitan gas memang tidak diramal atau tidak dapat dijangka jika berlaku kebocoran. Memang agak malang bagi dua pekerja yang maut tersebut. Namun, mengaitkan Petronas sebagai syarikat yang malang merupakan dakwaan individu yang melampaui kuasa Tuhan. Manusia hanya boleh berikhtiar. Namun, apabila ketentuan takdir demikian maka tiada lagi yang dapat menghalangnya. Kebocoran paip di kilang baja urea tersebut merupakan tamparan hebat kepada kontraktor kerana kebocoran itu menunjukkan bahawa pembinaan kilang baja itu tidak mencapai piawaian keselamatan yang tinggi. Adalah menguntungkan Petronas apabila berlaku kebocoran sebelum kilang itu diserahkan kepada Petronas.

Petronas hanya memberikan kontrak kepada syarikat Jepun untuk membina kilang tersebut. Jika berlaku kecacatan, bukannya tanggungjawab Petronas sebaliknya tanggungjawab kontraktor. Memang malang bagi kontraktor tersebut atas sebab kebocoran itu boleh mencacatkan reputasinya sebagai syarikat yang mempunyai pengalaman dalam teknologi canggih tersebut.

Doris Jones, sila tutup mulut!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook