Latest News

Saturday 27 August 2016

ISU HARGA GAS MASAK DI SABAH

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Fahamkah wahai rakyat sabah sarawak... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

ISU harga gas masak memang menjadi perbalahan antara pengguna dengan Petronas. Petronas yang diwakili Petronas dagang, memang menjual harga biasa (standard) kepada semua peruncit, baik di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung. Namun, yang mengenakan bayaran lebih adalah peruncit.

Harga gas memasak 14 kg adalah RM26.60 tetapi ada juga peruncit menjual di atas harga tersebut kononnya kerana kos penghantaran atau kos pengangkutan. Masalah yang didepani peruncit adalah RM2.60 keuntungan tidak mencukupi sehingga menyebabkan mereka menaikkan harga dengan alasan kos penghantaran. Memang, di Sabah di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Likas, harga gas memasak 14 kg adalah antara RM28.00 - RM31.00 tertakluk peruncit. 

Petronas menetapkan harga gas memasak pada harga RM26.60 untuk 14 kg, harga yang telah diberikan subsidi. 

Harga gas memasak dijual di atas harga tersebut bukan sahaja berlaku di Sabah, malahn di seluruh negara. 

Perlu diketahui bahawa gas memasak Malaysia bukan sahaja bersumber daripada Sabah dan Sarawak tetapi juga Terengganu. Malah kalau dilihat rekod, Sabahlah yang paling sedikit mengeluarkan gas kerana Sabah lebih banyak mengeluarkan minyak sementara Sarawak dan Terengganu lebih banyak gas berbanding minyak. Selain itu, Malaysia mengimport gas daripada Indonesia kerana gas Malaysia biasanya digunakan untuk eksport berikutan mempunyai harga tinggi. 

Petronas, sebagai pembekal bahan tersebut memberikan harga standard bagi seluruh negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook