Latest News

Thursday 18 August 2016

ISU Pelajar Malaysia Perlu Dana Besar Bayar Bil Hospital Di Korea Selatan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA AMAN, SABAH CHIEF MINISTER PROPERTY... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) One of big corrupted minister in Malaysia Administration... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Untuk pelajar-pelajar yang terpilih ke forum luar negara... Oleh FB Doris Jones (sreenshot)

INSURANS perlu dipohon. Tidak ada pembekal insuran atau syarikat insuran pembekal atau memberi insuran secara percuma. Biasanya, pelajar tajaan untuk belajar di seberang laut diperlukan membeli insuran atau dilindungi insuran tetapi tidak menjadi kebiasaan bagi pelajar yang belajar dalam negara. Pelajar yang belajar dalam negara yang bertolak ke luar negara seharusnya dilengkapkan dengan insuran. Namun, perkara ini terlepas pandang kerana disebabkan melekatnya anggapan bahawa tiada masalah atau keadaan malang kecuali takdir kuasa Tuhan. 

Rakyat Malaysia terutama yang Melayu atau Bumiputera mempunyai kepercayaan bahawa semua masalah hanya berlaku kerana ketentuan Allah SWT. Sebab itu, jarang yang melindungi diri mereka dengan insuran. Keadaan yang dialami pelajar Malaysia daripada Sabah yang terpaksa dirawat/dibedah di Seoul kerana masalah apendiks yang memerlukan wang untuk kos hospital. Sebenarnya, keadaan yang sama menimpa kepada ayah kepada seorang pelajar Malaysia di United Kingdom yang hanya hadir ke UK untuk menghadiri hari graduasi anaknya, namun jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital dan terpaksa membayar hampir RM400 ribu bil hospital.

Sebenarnya, melalui keadaan yang berlaku maka rakyat Malaysia termasuk pelajar apabila bertolak ke luar negara perlulah mengambil perlindungan insuran.

Perlindungan insuran sebenarnya adalah tanggungjawab peribadi, bukannya tanggungjawab kerajaan. Di mana-mana negara di dunia, tanggungjawab insuran adalah tanggungjawab seseorang rakyat termasuklah di UK. Doris Jones hanya berdolak-dalik hanya kerana di Malaysia sahaja kos perubatan akan ditanggung oleh kerajaan hampir 100%, yakni tidak berlaku di mana-mana di dunia, apa lagi di UK.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook