Latest News

Friday 5 August 2016

Isu Pemberhentian Kerja Staf Petronas

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) di Sarawak, orang2 besar dia mula bising bimbang dengan pemberhentian pekerja2... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

SYARIKAT besar seperti Petronas jika timbul pemberhentian kakitangan atau staf, biasanya disandarkan kepada persetujuan bersama sama ada melalui VSS (perpisahan secara sukarela). Melalui kaedah ini telah dirunding antara kakitangan yang bakal berhenti dengan syarikat. Syarikat besar biasanya tidak mengamalkan memberhentikan kakitangan begitu sahaja seperti memberi notis tiga bulan atau sebagainya.

Biasanya, syarikat akan mempertimbangkan tempoh masa seseorang bekas kakitangan memperoleh jawatan baru pada syarikat-syarikat lain.

Pemberhentian kakitangan pada syarikat besar seperti Petronas jarang berlaku pada satu pihak melainkan kedua belah pihak. Seseorang kakitangan mungkin memilih berhenti kerja kerana enggan bertukar atau sebagainya.

Bagi mereka yang tidak pasti apa yang berlaku antara Petronas dan kakitangannya sama ada di Sarawak, Sabah, Semenanjung atau di merata dunia, sebenarnya hanya merupakan masalah dalaman antara kakitangan itu dengan Petronas.

Pihak kerajaan Sarawak mungkin tidak mendapat gambaran yang jelas berkaitan dengan isu pemberhentian kakitangan kerana menurut apa yang kita baca dan diviralkan ianya hanya diceritakan satu pihak sahaja. Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan syarikat berkaitan dengan isu permintaan atau desakan kerajaan negeri berkaitan dengan penggantian atau pelantikan kakitangan bagi menggantikan kakitangan yang diberhentikan.

Biasanya, syarikat besar apatah lagi syarikat multinasional seperti Petronas, pergerakan kakitangan sebenarnya cukup kerap iaitu antara stesen ke stesen yang lain atau antara bahagian dengan bahagian yang lain mahupun melibatkan antara ke negara dengan negara lain. Syarikat itu kena memperjelaskan kepada kerajaan Sarawak atau barangkali Sabah berkaitan SOP syarikat itu supaya pemimpin politik yang tidak celik dengan operasi syarikat itu tidak mempolitikkannya.

Syarikat multinasional seperti Petronas mempunyai mekanismanya sendiri berkaitan optimalisasi kepakaran atau pengetahuan seseorang kakitangan. Atas sebab itu, seseorang kakitangan yang berasal Sarawak atau Sabah tidak semestinya bertugas di negerinya sebaliknya boleh ditempatkan di kawasan lain atau negeri lain atau negara lain.

Orang politik seharusnya jangan campur tangan sangat terhadap perjalanan atau pengurusan syarikat itu kerana campur tangan itu boleh membawa kepada ketidakcekapan operasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook