Latest News

Thursday 25 August 2016

JALAN KG TOGUNG NULUH: PERANGAI SI VIRAL, Tak Faham, Degil MACAM-MACAM ADA

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya cabar #NAJIBRAJAK dan saya cabar Jumat Idris MP P171 Sepanggar... Oleh Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

JALAN kampung itu demikian sudah dikira bernasib baik kerana mendapat peruntukan untuk ditabur batu kisar kerana di Sabah banyak lagi jalan sedemikian yang belum mendapat peruntukan daripada kerajaan untuk tujuan menabur batu.  Oleh kerana jarak jalan ini tidak diberi, maka biasanya kerajaan memberi peruntukan antara RM20 hingga RM50 ribu bergantung kepada panjangnya jalan dan luasnya jalan secara one off.

Jalan kampung seumpama ini sebenarnya tidak digazet sebagai jalan raya. Jika tidak digazet, maka tidak tersenarai sebagai jalan yang perlu dinaik taraf atau ditabur batu.  Peruntukan yang diberikan secara 'one off', sebenarnya atas permohonan wakil rakyat melalui tabung khas.

Jalan kampung seumpama ini, biasanya memerlukan masa untuk selesai sebelum ianya dinaik taraf. Peringkat naik taraf apabila jalan itu disenaraikan oleh majlis tempatan sebagai jalan utama. Selagi jalan itu tidak tersenarai sebagai jalan oleh majlis tempatan, selagi itulah jalan seperti itu tidak mendapat peruntukan besar untuk naik taraf.

Jalan kampung yang boleh disenaraikan oleh majlis tempatan jika jalan itu digazetkan sebagai jalan dan jika jalan itu belum digazetkan, maka pihak-pihak tertentu khususnya pemduduk kampung melalui JKKK perlu membuat permohonan agar jalan seperti itu digazetkan sebagai jalan kampung dengan ulasan-ulasan termasuk daripada pejabat tanah, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan-jabatan berkaitan termasuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Pemilik facebook itu tidak boleh menganggap memohon duit daripada kerajaan boleh dilakukan dengan mudah kerana mendapatkan duit kerajaan perlu melalui berbagai proses dan peraturan kewangan. Jangan fikir memohon duit kerajaan seperti meminta duit daripada kedua ibu bapa kita.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook