Latest News

Monday 8 August 2016

Kamu BUKAN Pemimpin Kerajaan Sebab itu Berkata Demikian!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Betul ka tu...  Oleh FB Page Solidarity 4 Sabahan (screenshot)
(ii) What you and cronies ask is differ from what we NEED... Oleh FB Doris jones (screenshot)

DATUK Seri Musa Aman merupakan Ketua Menteri Sabah sejak tahun 2003. Lebih 13 tahun pengalaman sebagai Ketua Menteri dan lebih 13 tahun berurusan dengan pemimpin persekutuan. Masa 13 tahun adalah cukup untuk membuat kesimpulan bahawa apa yang diminta Sabah daripada Kerajaan Persekutuan, maka diluluskan atau diberikan.

Perlu diketahui bahawa perkara yang diminta oleh kerajaan negeri adalah keperluan negeri dan rakyatnya, bukan untuk keperluan mereka yang suka menghayal seperti kenyataan laman facebook tersebut. 

Sebenarnya apa yang diminta oleh kerajaan Sabah untuk rakyatnya keperluan kemudahan awam untuk jangka panjang bagi generasi akan datang, seperti Projek Samur, projek Gas di Kimanis, Projek Pan Borneo dan projek mega lain seperti Kidex, di Rampayan Laut, Kota Belud. Ia bukannya permintaan pisang goreng sejuk tidak sedap lagi.

Bagi mereka yang bukan pemimpin, khususnya yang syiok sendiri melalui laman sosial seperti facebook, maka menulis sesuatu yang boleh diketawakan sepertimana ditulis oleh laman facebook tersebut.

Pemimpin Sabah khususnya Ketua Menteri tidak akan terpengaruh dengan kenyataan tersebut, Cuma penggiat laman sosial seperti AFS tidak sanggup membaca kenyataan-kenyataan nakal dan sempit seumpama itu. Atas sebab itu memberi reaksi dengan menyatakan sesuatu yang benar berlaku.

Hanya mereka yang kurang pengetahuan akan menulis atau mendakwa seperti mana ditulis oleh lama facebook itu. Membacalah kawan agar supaya jangan seperti katak di bawah tempurung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook