Latest News

Friday 19 August 2016

KENAPA Harga MILO Mahal Di Sabah??

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DASAR KABOTAJ DIPERTAHANKAN OLEH KERAJAAN UMNO/BN DEMI KELANGSUNGAN MEMUNGUT HASIL WARGA SABAH... Oleh FB TJ Ajamain (screenshot)

HARGA barang sebenarnya selain ditentukan oleh penjual akan tetapi juga oleh pembeli. Namun, bagi harga barangan monopoli seperti Milo (Nestle), harga barang ditentukan oleh penjual. Dalam harga barang sebenarnya diambil kira soal-soal kos pengangkutan dan kos gudang.  

Di Sabah, sebenarnya, semua barangan yang berasal dari Semenanjung mempunyai harga yang sama dengan harga di seluruh negara apabila sampai di pelabuhan. Sebagai contoh, jika harga Milo dari kilang adalah RM14 untuk 500 gram, maka harga adalah sama di seluruh negara. Yang membezakan harga adalah harga yang ditentukan oleh pengimport kerana mengambil kira kos pengangkutan dan kos gudang. 

Dasar Kabotaj, sebenarnya hanya berkaitan pengangkutan menggunakan kapal laut. Seperti yang telah disebutkan untuk harga barangan dari Semenanjung, semua harga adalah sama di seluruh negara apabila tiba sahaja di pelabuhan-pelabuhan Sabah mahupun Sarawak. Jika harga jual berbeza, memang bukan dasar kabotaj tetapi dipengaruhi oleh kos pengangkutan, kos gudang dan jumlah keuntungan yang mahu diperolehi oleh pemborong atau pengimport.

Di Sabah, harga mee kuning misalnya lebih mahal berbanding di Semenanjung, mengapa berlaku demikian? Sedangkan, bahan membuat mee adalah sama dengan harga di kesemua tempat. Tetapi, barangan lain seperti minyak angin Cap Kapak, sebotol sebesar 25mL di Semenanjung berharga RM18, namun di Sabah hanya RM12. Mengapa demikian? Apakah atas dasar kabotaj? Sudah tentulah bukan!

Dasar Kabotaj adalah meliputi barangan dari Semenanjung ke Sabah dan sebaliknya. Ada yang mengatakan kerana dasar kabotaj merupakan penyebab harga barangan di Sabah tinggi, namun berbagai data menunjukkan khususnya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP), tiada asas menunjukkan bahawa dasar kabotaj merupakan punca barangan mahal di Sabah. Apa yang diketahui, harga barang di Sabah adalah lebih tinggi kerana penentuan harga yang dilakukan peruncit atau pemborong yang menetap paras harga yang lebih tinggi kerana beberapa faktor, antara lain kos pengangkutan darat, kos penyimpanan dan kemudiannya kos tempoh iaitu lambatnya barangan terjual sehingga tarikh luput (masa).

Cuba buat penyelidikan, berapakah peratus barangan yang luput tempoh kerana tidak terjual? Faktor inilah yang diambil kira penjual (peruncit/pemborong/pengimport) dalam mengurangkan kerugian. Pendek kata, dasar kabotaj hanya dikambing hitamkan sebagai faktor harga barangan di Sabah tinggi. Pengamal facebook itu, adakah tahu kesemua ini? Atau hanya main tembak sahaja? Dan terikut-ikut permainan pemborong atau pengimport bagi menutup tindakan nafsu mereka? Renung-renungkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook