Latest News

Friday 12 August 2016

KERAJAAN TETAP MENGKAJI, Geran Tanah Strata Bukan Urusan Kerajaan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ada yang sudah tunggu 60-80 tahun punya geran bagaimana... Oleh FB Doris Jones

SEBENARNYA, geran tanah strata bukanpun urusan kerajaan. Kerajaan hanya mahu membantu para pembeli rumah. 

Biasanya, pemaju-pemaju rumah di taman-taman perumahan membangunkan rumah-rumah itu ke atas tanah yang bergeran. Namun, apabila dibina perumahan, maka geran perlu diberikan kepada pembeli rumah dalam bentuk strata. 

Apa yang diminta oleh kerajaan adalah pihak pemaju perlu memberikan geran strata kepada pembeli rumah. Geran strata itu perlu dibuat  oleh pemaju yang juga pemilik geran asal melalui Jabatan Tanah. Masalah yang didapati sekarang, pemaju tidak berbuat demikian. Atas sebab itu pembeli lot-lot rumah berdepan dengan masalah jika mereka mahu menjual semula lot-lot rumah mereka, kerana tidak mempunyai geran yang sah atas nama mereka. Oleh kerana masalah ini, kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk membantu para pembeli rumah.

Doris Jones yang cuba membuat komen atau ulasan sama dengan orang buta, "ular dikatakan belalai gajah". Ertinya, tidak tahu apa latar belakang mengapa kerajaan bertindak.

Geran yang dimaksudkan bukanlah atas tanah kosong tetapi geran yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri itu adalah geran tanah di mana rumah-rumah dibina dan oleh kerana pada sekeping tanah itu terdapatnya ramai pemilik, maka geran strata perlu diberikan. Geran tanah hanya diproses melalui Jabatan Tanah dan Ukur dan pemilik geran asal perlu memohon.

Melalui keadaan yang berlaku, maka menjadi pengetahuan pembeli sebelum mereka menduduki rumah-rumah yang mereka beli. Tuntasnya, mereka perlu meminta pemaju menyerahkan geran strata kepada mereka untuk mengelak masalah berlaku.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook