Latest News

Tuesday 23 August 2016

Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) Hanya Berbentuk Perkhidmatan Sosial Setempat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAMPAI BILA LAINI BEGINI... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

MENGAPA mahu sangat mempertikai taraf Kereta Api Negeri Sabah? Sedangkan, perkhidmatan kereta api di Sabah bukanlah pilihan utama rakyat kecuali laluan Tenom-Kota Kinabalu. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat menggunakan kereta api laluan Tenom-Kota Kinabalu setiap hari? Cuba letakkan perkhidmatan kereta api itu pada diri anda sebagai peniaga, mahukah anda menyediakan perkhidmatan itu? Fikir-fikirkan!

Kereta api negeri Sabah hanya berbentuk perkhidmatan sosial kepada rakyat Sabah di kawasan Tenom laluan Kota Kinabalu kerana laluan itu belum ada jalan raya yang dibina bagi menghubungkan Tenom-Kota Kinabalu kerana jalan raya alternatif adalah melalui daerah-daerah lain seperti Keningau, Tambunan atau Kimanis di sebelah Pantai Barat.

Kemajuan sesebuah alat pengangkutan seperti kereta api sangat bergantung kepada jumlah pelanggan. Bayangkan Keretapi Tanah Melayu (KTM Berhad) di Semenanjung dengan begitu ramai pengguna, namun tidak juga untung dalam operasi, malahan terus rugi dan kerajaan terpaksa memberi subsidi walaupun subsidi dari segi peratusan tidak setinggi subsidi yang diberikan kerajaan negeri kepada Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS). Kalau anda selidik, tambang kereta api yang dibayar penumpang hanya menyumbangkan 10 sen berbanding kos RM10. Ertinya, setiap penumpang kereta api Sabah, kerajaan menyumbang 90 peratus daripada kos tersebut. 

Kepada pengguna facebook itu, anda boleh bacakah dan kini baru ketahuan mengapa kereta api Sabah tidak dinaik taraf? Sebabnya, operasi itu untuk masa kini tidak ‘operasional” atau tidak berbaloi dari segi kos. Adalah tidak adil bagi rakyat Sabah di kawasan lain kerana pengangkutan darat seperti bas tidak diberi subsidi oleh kerajaan, sedangkan penumpang kereta api menikmati subsidi yang sama. Alasan kerajaan meneruskan perkhidmatan kereta api hanya kerana belum tersedianya jalan raya yang lebih kondusif yakni lebuh raya. 

Namun melalui pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, laluan itu akan dibina lebuh raya dan jika lebuh raya itu dibina, mungkin tiada lagi penumpang kereta api kecuali yang suka-suka atau yang melancong sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook