Latest News

Wednesday 3 August 2016

Kewujudan PARTI BARU Tajaan Mantan Pemimpin Umno Satu Persaingan!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO, BN Sabah perlu sedia berdepan parti baharu... Oleh FB jaymie jaimye (screenshot)

KADANGKALA persaingan itu perlu dalam politik kerana melalui persaingan itu, maka parti politik yang sememangnya untuk memperjuangkan ahli dan penyokong serta membela rakyat dapat memberikan komitmen yang tinggi. Melalui persaingan, maka para pemimpin akan mengembleng seluruh tenaga bagi mendapat sokongan rakyat. Ini kerana hanya melalui sokongan rakyat sahaja,sesebuah parti itu boleh menang dalam pilihan raya.

Rakyat akan menjadi pengadil. Atas sebab itu, melalui kewujudan parti baru yang bakal ditubuhkan oleh mantan pemimpin UMNO iaitu Datuk Seri Shafie Apdal akan menjadi pesaing kepada parti yang pernah memberi beliau nama, kedudukan, kekayaan, kuasa dan sebagainya.

Sudah tentu Shafie mengetahui kelebihan dan kelemahan parti yang pernah beliau sokong dan sertai iaitu parti UMNO. Demikian juga para pemimpin UMNO tahu dan mengetahui kelebihan dan kelemahan Shafie. 

Bagi UMNO, mungkin mudah atau susah untuk berdepan dengan seseorang pemimpin yang pernah sama-sama berjuang berbanding dengan pemimpin yang tidak pernah bersama-sama.  Atas sebab itu, berdepan dengan parti yang bakal ditubuhkan Shafie, para pemimpin UMNO kena bekerja keras khususnya dalam tindakan penjelasan dan penerangan. Atas sebab, mungkin sahaja rakyat akan terpancing atau terpengaruh dengan dakyah hujah yang bakal diberikan oleh beliau. Adalah benar kenyataan Datuk Bung Moktar Radin, jika dahulu parti berdepan dengan pemimpin pembangkang, kini berdepan dengan mantan seperjuangan kerana sudah menjadi sebahagian daripada pembangkang.

Nampaknya berdepan dengan PRU-14, parti UMNO dan rakan-rakan komponen perlu berkerja keras kerana saingan semangkin sengit. Para pemimpin UMNO dan komponen parti tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan tidak boleh lagi santai. Namun, perlu kerap turun ke lapangan untuk acara penerangan mahupun penjelasan. Jika tidak, mungkin rakyat akan terkeliru seperti mana yang berlaku pada PRU-13.

Para pemimpin UMNO dan komponen BN bukan sahaja perlu aktif turun padang, akan tetapi perlu menggunakan semua saluran termasuk media sosial. Ini kerana rakyat kini sudah banyak bergantung kepada maklumat-maklumat di media alternatif berbanding media cetak atau media arus perdana.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook