Latest News

Monday 15 August 2016

Kota Belud Dijadikan Penanda Aras Pembangunan ICT bagi Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pengampu nombor 2 hebat selepas rahman bintie dahlan... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN Umno (screenshot)

JANGAN mempersempitkan diri berkaitan dengan pengertian 'pembangunan'. Pembangunan tidak terhad kepada pembinaan loji bekalan air, jalan raya, bangunan-bangunan sekolah atau kedai-kedai kerana pembangunan juga meliputi pembangunan informasi teknologi dan komunikasi (ICT).

Datuk Seri Salleh Said Keruak yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia bertanggungjawab berkaitan pembangunan ICT. Salleh, bukanlah Superman yang menjaga semua bidang. Bidang-bidang berkaitan bekalan air terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Manakala pembangunan jalan raya terletak di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur (KPI) Sabah. Sementara bidang kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah) dan soal pendidikan pula di bawah Kementerian pelajaran. Demikianlah seterusnya.

Dalam bidang ICT, di mana bidang kuasa Salleh, maka beliau mahu menjadikan daerah Kota Belud sebagai penanda aras kepada kemajuan ICT di Sabah. Atas sebab daerah itu telah dibina kemudahan internet yang meliputi hampir seluruh kampung. Kemudahan internet seperti mana dibina di Kota Belud akan dibawa ke daerah-daerah lain di Sabah supaya liputan internet menyeluruh di seluruh Sabah.

Kemudahan internet merupakan pemudah cara bagi rakyat mendapatkan maklumat. Selain itu, sebagai perantara perniagaan dalam talian. Kemudahan internet juga dapat menghantar dokumen secara pantas dan 'online' seperti permohonan secara talian ke institusi pengajian tinggi (IPTA), pemindahan wang melalui talian dan sebagainya. Malah, melalui kemudahan internet mesyuarat antara berbagai pihak berlainan lokasi juga boleh dijalankan. 

Pemilik facebook tersebut tidak dapat membezakan bentuk-bentuk pembangunan atau kemajuan. Dia hanya terfikir bahawa makanan yang mengenyangkan itu hanya nasi, sedangkan makan kentang ubi dan gandum juga mengenyangkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook