Latest News

Thursday 25 August 2016

KUTUKAN LIAR UNTUK CM, TETAPI LIHAT DAHULU KADAR KEMISKINAN SABAH

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ketamakan beliau kesengsaraan rakyat asal sabah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) musa aman ni bukan nationalist.... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

KADAR kemiskinan Sabah sehingga tahun 2000, masih kekal di atas 30 peratus. Pada tahun 2012 telah menurun kepada 8.1 peratus dan terkini kurang daripada 4 peratus.

Pada tahun 2003, semasa Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, simpanan kewangan Sabah adalah kurang RM200 juta. Sementara bajet negeri pula sedikit di atas RM1 bilion.

Tahukah anda, bermula tahun 2012 simpanan kewangan Sabah telah meningkat lebih RM3 bilion dan bajet negeri meningkat tiga kali ganda yakni di atas RM3 bilion. Malah, tahun 2014 bajet negeri Sabah telah mencecah RM4.088 bilion.

Untuk pengetahuan semua, semasa teraju Musalah Sabah maju jaya membangun sehingga beliau diberi gelaran 'Bapa Pemodenan Sabah'.

Bagi mereka yang mendakwa bahawa Musa memiskinkan rakyat Sabah, ertinya orang itu tidak mengikuti perkembangan pembangunan Sabah dan kemungkin juga orang itu bukan orang Sabah tetapi orang daripada planet lain.

Hanya orang bukan rakyat Sabah sahaja yang boleh mendakwa rakyat Sabah miskin di bawah teraju Musa. Sebabnya, orang itu tidak mengetahui sebarang maklumat atau perkembangan ekonomi negeri.

Bagi mereka yang benar-benar orang jati Sabah, pasti mengakui bahawa kemajuan Sabah begitu pesat lagi sejak 13 tahun lalu. Bagi rakyat Sabah juga pasti tahu siapakah Ketua Menteri yang memajukan Sabah, yakni adalah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Bagi mereka yang benar-benar rakyat Sabah juga pasti tahu tentang sejarah sebelum Musa masuk politik, beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya! Malah, mempunyai bank sendiri! 

Bayangkan dan ukirkan empayar kejayaan seorang itu, jika dia mempunyai bank sendiri.

Oleh kerana Musa mempunyai komitmen terhadap rakyat Sabah, maka beliau masuk politik dan hasrat beliau memajukan Sabah dan rakyat tercapai apabila dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Bagi memenuhi hasrat beliau memajukan Sabah dan rakyatnya, maka beliau secara perlahan-lahan melancarkan berbagai rancangan atau program bagi kemajuan dan hala tuju Sabah termasuklah merancakkan ekonomi negeri.

Sabah kini bukan sahaja mempunyai syarikat minyak sendiri, tetapi juga mempunyai saham-saham ke atas-atas anak-anak syarikat Petronas. Selain itu, Musa juga mengadakan program demi kemajuan rakyat seperti program 1Azam, Mesej, bantuan Membara dan banyak lagi.

Hanya mereka yang bukan rakyat Sabah sahaja yang boleh mendakwa bahawa rakyat Sabah jatuh miskin kerana Musa. Sungguh kutukan liar dibuat atas dasar benci dan cemburu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook