Latest News

Thursday 25 August 2016

LAPORAN RCI SABAH Tidak Perlu Terburu-buru

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak habis2 berdrama ni orang BN... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)

MENYELESAIKAN masalah PATI Sabah yang telah berdekad lamanya tidak boleh dilakukan dalam masa singkat. Mereka yang mahu sangat agar laporan itu siap dengan cepat sememangnya cari pasal dan mengharapkan laporan itu silap dan banyak kelemahan agar mudah untuk diputar belit menjadi isu politik. Tak gitu??

Kepada pihak jawatankuasa itu, jangan terpengaruh dengan desakan pihak-pihak yang berkepentingan. Hal ini kerana mereka itu sebenarnya memasang perangkap atau jerat!

Jawatankuasa khas RCI (PATI) Sabah mempunyai tanggungjawab yang sangat berat kerana laporan yang bakal disiapkan dan kemudiannya akan diteliti untuk dijadikan polisi. 

Oleh kerana masalah PATI Sabah yang telah berdekad lamanya, maka perlu teliti mencari maklumat, menggali maklumat dan mencari fakta sebenar di mana bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan masa dan tenaga selain ketelitian yang tinggi dan kadar kecermatan yang tajam. Pendek kata, memerlukan masa.

Laporan RCI Sabah yang bakal dibuat perlulah mempunyai unsur penyelesaian yang jitu, bukannya hanya berbentuk laporan biasa. 

Berasaskan kepada keadaan PATI Sabah yang begitu rumit dan ianya memang diketahui banyak pihak, tetapi ada pihak khususnya pembangkang atau mereka yang mempunyai niat jahat mahu memberikan tekanan kepada jawatankuasa tersebut agar tergesa-gesa mengeluarkan laporan dengan niat tersembunyi supaya membuat kesilapan besar.

Isu PATI Sabah bukannya masalah semalam. Isu PATI Sabah sudah lama berlaku dan parah. Jadi mengapa mendesakkan sangat laporan terperinci yang penting untuk diselesaikan? Sedangkan, kerajaan sudah bertekad mahu menyelesaikan masalah PATI Sabah secara menyeluruh. 

Lambat yang boleh memberi penyelesaian 100% adalah lebih baik daripada cepat yang bercelaru.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook