Latest News

Tuesday 16 August 2016

Lembik atau GAGAHNYA Pemimpin

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) INIKAH BARISAN MENTERI YG GAGAH ATAU YG LEMBIK... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

LEMBIK dan gagahnya pemimpin dilihat daripada segi kekuatan partinya. Kerana hanya gambar yang dimuat naik itu hanya ada empat pemimpin, maka daripada 4 orang pemimpin itu seorang sahaja yang lembik, sebabnya jumlah kerusi partinya hanya mempunyai 2 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri. Akan tetapi, melalui konsep Barisan Nasional (BN) pemimpin yang lembik diperkuatkan dengan membantu pemimpin itu. Konsep BN adalah saling sokong-menyokong antara satu sama lain seperti 'seikat lidi'.

Gagahnya pemimpin apabila bertanding dalam pilihan raya, rakyat memberi sokongan dan seterusnya menang pilihan raya. Ini bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk parti yang dipimpinnya. Dalam gambar itu, boleh dikatakan semua pemimpin tersebut gagah-gagah belaka kerana mereka itu senantiasa menang dalam pilihan raya.

Kekuatan seseorang pemimpin, bukan pada fizikal kerana mereka bukan bertarung tenaga seperti peninju terkenal Allahyarham Muhammad Ali atau Mike Tyson akan tetapi kekuatan pemimpin dilihat dari segi sokongan rakyat.

Sebenarnya, kesemua empat pemimpin tersebut adalah gagah belaka kerana mereka itu menduduki jawatan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook