Latest News

Thursday 11 August 2016

"LOCAL NOT KEEN - MUSA" Laporan Ralat Daripada Wartawan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Local Not Keen – Musa... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

DATUK Seri Musa Aman, menyatakan bahawa beliau amat terkilan kerana ramai generasi muda Sabah tidak gemar mengikuti kursus teknikal berkaitan industri minyak dan gas. Perkara itu dapat dilihat apabila kurangnya sambutan daripada generasi muda kerana pusat yang tersedia di SGOT untuk melatih anak-anak muda kurang mendapat sambutan.

Kerajaan sudah menyediakan pusat latihan untuk melatih generasi muda untuk melengkapkan diri mereka kepada kecekapan dan pengetahuan sebelum dapat diserapkan ke dalam industri minyak dan gas. Ini kerana industri itu memerlukan pengetahuan dan kecekapan yang tinggi disebabkan sifat industri itu yang berpaksi kepada 'skill & knowledge'.

Jangan marah kepada kerajaan jika syarikat seperti SGOT mempunyai kurang penyertaan generasi muda atau rakyat negeri ini kerana kerajaan tidak berbuat apa-apa sekiranya rakyat negeri ini kurang minat. Itu keputusan rakyat. Maka, kelangsungan operasi syarikat itu, tidak ada pilihan dan terpaksa mengambil tenaga luar.

Adalah menjadi tugas semua pihak termasuk ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka mengikuti latihan dalam industri minyak dan gas kerana industri itu mempunyai potensi yang besar di negeri ini atau negara amnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook