Latest News

Tuesday 23 August 2016

MA63, Setuju Jika Dibincang Di DUN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)umno buat MA63, Upko buat MA63, PBS buat MA63, STAR buat MA63... PBRS pun mgkin ada buat... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(ii) umno buat MA63, Upko buat MA63, PBS buat MA63, STAR buat MA63... PBRS pun mgkin ada buat... Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)

JIKA bersungguh-sungguh rakyat Sabah untuk membincangkan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), maka adalah baik juga cadangan itu dan ianya seharusnya dibincang di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jika semua parti menubuhkan jawatankuasa masing-masing berkaitan MA63, ianya hanya akan bertambah celaru kerana masing-masing mungkin mempunyai pendapat sendiri. Jika perkara itu dibincang di DUN, maka akan ada kesepakatan perkara mana yang perlu diteruskan dan perkara mana yang tidak.  Jika dibincang melalui DUN, maka akan terjawab mana satu perkara-perkara yang masih dipertikaikan dan mana satu perkara-perkara yang  sudah selesai.

Masalah yang berlaku sekarang mengapa MA63 ada yang masih terus mempertikainya, sebabnya ada pihak yang tidak mempunyai maklumat dan ada pihak yang tidak memberi jawapan. Benar, bukan?

MA63, merupakan perjanjian dan dalam perjanjian itu mempunyai senarai yang dipersetujui. Menelusuri semua senarai dalam dokumen itu dengan meletakkan peringkat keberhasilan, sebagai misalnya, dari angka 1-10, maka dapat diketahui sejauh mana senarai dalam dokumen tersebut dipenuhi.

Mempolitikkan MA63 pula, sebenarnya merunsing keadaan dan menganggu keharmonian antara rakyat. Malah, dengan kerapnya menyebut-nyebut MA63 membuatkan ada pihak yang bosan dan jika ianya menular kepada rakyat, maka ada kemungkinan rakyat membuat keputusan melalui pilihan raya. 

Pihak kerajaan perlu melakukan langkah proaktif dengan memberi gambaran yang jelas berkaitan dengan kandungan MA63. Sebagai contoh, di antara sekian banyak senarai, senarai manakah yang mendapat markah 10, 9, 8 atau mana yang dapat 3,2,1. Angka terendah menunjukkan pencapaian yang minima manakala angka tinggi adalah paling memuaskan, memuaskan dan cukup memuaskan.

Tuntasnya, parti-parti komponen parti hendaklah berbincang sesama sendiri berkaitan MA63 agar selesai 'once for all'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook