Latest News

Tuesday 30 August 2016

Majoriti Rakyat Sabah MENYOKONG UMNO/BN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) tahun Umno berkuasa penuh di Sabah, orang Sabah sokong dan undi Umno... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)
(ii) p/s: Mau muntah saya baca statement ko ni Najib Razak... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

DALAM politik, tidak ada istilah semua adalah penyokong kepada sesebuah parti atau kerajaan. Dalam pemerintahan demokrasi, yang penting adalah majoriti. Pengguna facebook itu adalah penyokong pembangkang dan hanya syiok sendiri menulis di facebook berkempen agar penyokong UMNO/BN menolak pada PRU-14. Tidak ada istilah dalam kamus, penyokong atau ahli menolak partinya sendiri!

Sejauh mana atau sebanyak mana dakwaan-dakwaan atau kempen penyokong pembangkang, tidak akan mampu mempengaruhi penyokong atau ahli UMNO/BN. Mereka itu akan sibuk bercerita atau saling menjawab antara mereka, namun tidak juga mendapat tambahan penyokong sehingga dalam media sosial kerana pemalsuan identiti boleh dilakukan sehingga seorang admin facebook dengan mudah mengklon dirinya bukan hanya satu, tetapi tidak terkira banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaknya. Tujuan kepada semua ini adalah keseronokan pada diri sendiri, kononnya setiap posting mendapat ramai respon.  

Tahukah anda, jumlah pengundi di Sabah adalah lebih 1 juta. 89% daripada mereka tidakpun membaca apa yang anda tulis. Tujuan AFS memberitahu page tersebut agar tidak membuang masa menabur fitnah kerana fitnah itu tidak sampai ke mana-mana. Manakala pihak UMNO/BN melalui Bahagian IT senantiasa peka terhadap sesuatu fitnah dan kemudiannya fitnah itu dinafikan secara bersemuka dengan rakyat. Ertinya, sebarang fitnah yang disebarkan sebelum ianya sampai, telahpun di 'counter'. Sebagai contoh, apa sahaja yang didakwa oleh page Tulun Sabah misalnya, sudah tertanam di kalangan penyokong atau ahli UMNO/BN adalah fitnah liar pembangkang. Bermakna, apa sahaja yang ditulis page itu, 1000% tidak akan diterima! Pendek kata, hanya penyokong pembangkang dan klon-klon Tulun Sabah yang syiok sendiri.

Namun, kewujudan page pembangkang sebenarnya ada juga baiknya kerana cerita-cerita kebaikan UMNO/BN turut diceritakan dan dikongsi walaupun diberikan komen-komen negatif. Tahniah kepada page-page seperti ini kerana kerap 'share' berita-berita berkaitan pemimpin UMNO/BN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook