Latest News

Wednesday 24 August 2016

MAK CIK TUA SI DORIS JONES BENAR-BENAR KETINGGALAN ZAMAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RAKYAT SABAH minta banyakkan hospital dan klinik di bahagian pedalaman dengan percuma kepada penduduk tempatan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) HARGA GAJI tidak sepadan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) suatu pentanda yg menunjukan kerajaan tidak mampu bagi perkhidmatan pada rakyat SABAH... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

OOOH YA! London merupakan kota metropolitan. Sebab itu Doris Jones terfikir bahawa Sabah masih berada dalam hutan sehingga masih melekat pada otaknya keadaan tahun 60-an, di mana kerajaan menyediakan perkhidmatan 'doktor udara' tajaan Yayasan Sabah. Cuba bayangkan, tahun 60-an kerajaan sudah bertanggungjawab terhadap rakyat dengan menyediakan perkhidmatan doktor udara. 

Oleh kerana semua kawasan di Sabah sudah dibina klinik kesihatan dan kalau di pekan dan bandar juga sudah dibina hospital, di mana semua perkhidmatan adalah 99.99% percuma kerana rakyat hanya perlu membayar RM1.00 sekali masuk, menunjukkan kerajaan negeri benar-benar peka terhadap kesihatan rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. 

Pada era zaman ini, setiap negara apabila semakin maju, maka rakyat juga mahukan perkhidmatan kesihatan yang lebih canggih dan kondusif seperti hotel 5 bintang. Atas sebab itu, hospital-hospital swasta perlu dibina kerana melalui hospital taraf sedemikian, rakyat boleh memilih dan memerlukan perkhidmatan yang lebih selesa untuk mendapatkan rawatan selari dengan taraf kemajuan negeri. Manakala rakyat yang tidak berkemampuan pula boleh memilih untuk ke hospital kerajaan. 

Adakah ini menimbulkan sebarang masalah? 

Dalam masa yang sama juga perkhidmatan hospital negeri akan lebih maju dan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila mempunyai kemahiran dan peralatan yang setaraf dengan hospital-hospital swasta di negara maju.

Sebenarnya, antara hospital kerajaan dan swasta dari segi perkhidmatan kesihatan seperti jenis ubat-ubatan atau rawatan, sebenarnya tidak jauh berbeza tetapi yang berbeza adalah perkhidmatan. Di hospital swasta yang dicari pelanggan adalah keselesaan. Atas sebab itu, ianya memerlukan kos tinggi kerana hospital swasta menyediakan ruang yang luas, nisbah doktor atau jururawat yang rendah. Manakala di hospital kerajaan yang percuma pula, nisbah antara pesakit dan doktor atau jururawat adalah kecil. Ertinya, jumlah pesakit berbanding doktor atau jururawat boleh dianggarkan 1/400, manakala di hospital swasta hanya 1/20 hingga ke 40.

Saranan agar banyak hospital swasta dibina adalah kerana pendapatan rakyat semakin baik. Ini bermakna pelanggan yang ingin kepada perkhidmatan berbayar akan meningkat. 

Rupa-rupanya, si mak cik tua Doris Jones mahukan Sabah terus mundur. Atas sebab itu, mahu perkhidmatan doktor udara diteruskan sedangkan kemampuan perkhidmatan itu terlalu sedikit. Malah, tidak boleh melakukan rawatan yang baik kerana tidak ada dunia ini mempunyai hospital dalam kapal terbang? Negara Amerika Syarikat pun tidak kecuali Presiden Amerika, itupun terhad jika Presiden melakukan penerbangan menggunakan Air Force One.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook