Latest News

Wednesday 24 August 2016

MAKLUMAT DITERIMA: Perumahan Kampung Titingan@Ice Box Itu Adalah Setinggan PATI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Komuniti Icebox, Tawau Di Halau Macam Binatang... Oleh Wordpress Neo Kihampau Tohoh

SUNGGUH simpati sangat penyokong Datuk Seri Shafie Apdal dengan PATI. Wow! Perobohan rumah-rumah haram di Tawau memang dilakukan kerajaan kerana rumah-rumah tersebut didapati disewakan kepada PATI. Malah, terdapatnya rumah-rumah haram yang disewakan kepada PATI.

Rumah-rumah haram boleh menyebabkan bencana kebakaran kerana pemilik rumah biasanya mencuri sambung elektrik dan juga air. Sambungan haram boleh menyebabkan bahaya termasuk kematian, malah punca kebakaran di rumah-rumah atas air di Tawau lazimnya berpunca daripada rumah-rumah haram.

Rumah-rumah yang diroboh sebenarnya rumah-rumah yang dilaporkan oleh penduduk tempatan kerana pembinaan rumah-rumah demikian bukan sahaja mengundang bahaya, tetapi juga penghuninya adalah salah satu punca jenayah di kawasan perkampungan, jenayah dadah (syabu) dan kecurian. Selain itu, rumah-rumah haram yang didiami bukanlah orang tempatan yang mengakibatkan ketaksedaran akan kebersihan dan sampah sarap sehingga mengundang penyakit berjangkit.

Pihak kerajaan memikirkan keselamatan penduduk tempatan dan atas sebab itu, rumah-rumah haram perlu diroboh termasuk menangkap penghuninya kerana kebanyakan rumah haram adalah dihuni oleh PATI. Soalan cepu emas, mengapa penyokong Datuk Seri Shafie Apdal membantah pembasmian PATI? Apakah mereka kehilangan sumber pendapatan daripada sewa rumah-rumah setinggan? Sehingga sanggup memutar belit keadaan sebenar!

Rakyat Tawau tahu benar akan keadaan sebenar khususnya di kawasan perkampungan yang disebutkan bahawa hanya rumah bukan rakyat tempatan yang diroboh dan tidak melibatkan rumah-rumah rakyat tempatan kecuali rumah-rumah itu disewakan untuk PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook