Latest News

Friday 12 August 2016

MAKLUMAT YANG DITERIMA: Gaji Pemain SAFA Tertunggak? Sila baca...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA AMAN DAN PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SABAH (SAFA) MASIH BELUM MEMBAYAR GAJI PEMAIN... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

APA yang pasti, tiada isu kelambatan gaji para pemain skuad Sabah. Kalaupun berlaku, kelambatan 2 hingga 3 hari hanya kerana sesuatu masalah teknikal yang tidak dapat dielak seperti tarikh pembayaran jatuh pada hari cuti umum.

Para pengurus SAFA termasuk Timbalan Presiden telah dihubungi AFS yang menafikan ada berlakunya kelambatan pembayaran gaji skuad bola sepak atau kakitangan persatuan itu. Itu fitnah!

Budak yang mendakwa adanya kelambatan pembayaran gaji atau elaun hanya satu provokasi budak nakal yang tiada apa-apa yang dikongsi di laman sosialnya untuk menarik ulasan. Apabila seseorang sudah terdesak untuk glamour dan minta puji, maka apa sahaja akan dibuat termasuk “memaparkan dirinya” secara telanjang bulat atau “memaparkan dirinya” berhubung sejenis semata-mata untuk menarik perhatian.

Jika pihak pengurusan termasuk Timbalan Presiden yang merupakan salah seorang penandatangan cek memberikan penjelasan bahawa tidak ada kelambatan pembayaran gaji skuad bola sepak negeri, ertinya, jika berlaku juga kelambatan gaji atau elaun dikreditkan ke dalam akaun pemain masing-masing, kemungkinan bertembung dengan hari cuti umum atau kelepasan am atau juga kelambatan memasukkan cek bank oleh kakitangan persatuan.

Tidak timbul SAFA tidak mampu membayar gaji kerana dana yang ada pada SAFA adalah mencukupi.

Kepada pengguna media sosial, mulai dari sekarang, kena “alert” terhadap dakwaan-dakwaan budak nakal ini kerana apa sahaja yang dilakukannya adalah untuk tujuan glamour dan mahu mendapat perhatian. Kadang-kadang manusia yang mabuk glamour akan melakukan apa sahaja termasuk berbohong juga melakukan yang tidak senonoh seperti mana yang dilakukan oleh pasangan seks di media sosial, Alvin Tan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook