Latest News

Tuesday 2 August 2016

MAXIMUS Menjalankan Tugas Presiden PBS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pemimpin setia dengan cara yang salah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) Ada yang mau pok jadi Timbalan KETUA MENTERI... Oleh FB Doris Jones (screenshot)


TAN Sri Pairin sudah termasuk sebagai Presiden sebuah politik yang terlama dalam negara ini. Sejak PBS ditubuhkan pada tahun 1985, Pairinlah Presidennya. 

Pada tahun 2011, Pairin pernah berkata, pada masa yang sesuai beliau akan menyerahkan perjalanan parti ini kepada pemimpin pelapis. 

Pada Jumaat lalu, Pairin mengotakan janjinya bahawa sudah tiba masanya beliau memberi peluang kepada timbalannya mengurus parti. 

Dalam sesebuah parti politik, penggantian ketua tidak dapat dinafikan. Penggantian ketua sebagai cara supaya parti itu kekal relevan kerana menjalankan 'peremajaan'. Setiap ketua mempunyai caranya sendiri walaupun matlamat parti adalah sama.

PBS melihat sudah tiba masanya untuk dilakukan penggantian kepimpinan serta mengikat pencapaian parti itu pada PRU-13. Pada PRU itu, kita menyaksikan ramai calon-calon parti itu telah tewas kepada pembangkang termasuk para pemimpin kanan.

Penggantian kepimpinan dalam PBS adalah lebih mengarahkan kepada persediaan menghadapi PRU-14 akan datang.

Melalui kepimpinan baru, diharapkan berlaku impak yang postif kepada PBS khasnya dan umumnya kepada Barisan Nasional.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook