Latest News

Tuesday 9 August 2016

Memaki Hamun Kepada Datuk Seri Musa Aman Hanya Mendapat Dosa

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa terfikir X ini... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MAKI hamun kepada Datuk Seri Musa Aman hanya mendapat dosa. Sebabnya, yang memaki beliau itu adalah mereka yang tidak pernah diganggu oleh Ketua Menteri Sabah itu. Malah, mereka itu mendapat kemudahan keselesaan kerana perjuangan beliau. 

Mereka itu melalui jalan raya yang baik, mereka itu mendapat bekalan air, bekalan elektrik, bebas membeli-belah, bebas bekerja dan bebas bergerak ke mana-mana. Ini kerana adalah hasil kepimpinan Musa yang mengetuai sebuah kerajaan yang stabil.

Lainlah dengan Doris Jones, dia menjadi kuda kepada orang putih. Kemudian, mengemis kepada orang putih untuk menumpang hidup di London. Oleh kerana dia tidak mempunyai apa-apa, maka menjadi agen kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapat bayaran hanya semata-mata meneruskan kehidupannya di London.

Kadang-kadang manusia tidak berfikir dosa pahala, baik buruk dengan memaki hamun atau membuat berbagai dakwaan fitnah dan palsu semata-mata kerana memenuhi kesyiokan sendiri berbuat demikian melalui laman sosial. 

Tanya diri sendiri, kamu itu jadi kuda siapa? Jadi kerbau siapa? Kalau kamu bekerja dengan syarikat orang lain, ertinya kamu jadi kuda atau kerbau pemilik syarikat itu. Jika kamu bekerja dengan kerajaan, ertinya kamu menjadi kakitangan kerajaan. Kamu tidak menjadi kuda atau kerbau kerajaan kerana kamu diamanahkan untuk melaksanakan polisi-polisi kerajaan. Pendek kata, sila tanya diri kamu apakah kamu menjadi kuda atau kerbau sebelum kamu memaki hamun pemimpin? Atau tanya diri kamu pula, pernahkah Musa menganggu kamu? Atau melakukan kesalahan terhadap kamu? Jika tiada, maka hadamlah sendiri perbuatan kamu itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook