Latest News

Tuesday 30 August 2016

Mengapa Kini Petronas Jadi Isu Politik? Sila Baca...

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kami Sabahan bukan mau itu pangkat TAPI... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(ii) Musa has no guts when it comes to dealing with Putrajaya... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)
(iii) Orang Sabah Mahu Royalti Bukannya Pengarah Petronas – Najib Razak (Musa Aman)... Oleh WordPress Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)
(iv) #politikbolos #sabahubah... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

SUDAH lumrah seekor angsa bertelur emas pasti menjadi rebutan. Petronas yang ditubuhkan tahun 1974 bagi tujuan carigali minyak dan gas telah membuat perjanjian dengan negeri-negeri di mana jika emas hitam dan gas dijumpai, maka diberikan bayaran tunai 5% daripada nilai emas hitam dan gas. Itulah perjanjian yang telah dibuat dan Sabah setuju pada tahun 1976. Bayaran tunai 5% bermula tahun 1977 bermula dengan angka kurang daripada RM50 juta setahun, kemudian “gradually” meningkat sehingga mencapai RM1 bilion. Pada tahun 2016, Sabah memperkirakan mendapat RM900 juta sahaja akibat penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Kalau diunjurkan bayaran tunai 5% kepada jumlah sebenar, maka jualan hasil minyak dan gas Sabah adalah sebanyak RM20 bilion setahun. Untuk mendapatkan jualan RM 20bilion, maka diperlukan kos sekurang-kurangnya RM17 bilion termasuk bahagian syarikat usahasama.  Kalaulah Sabah menuntut 40% daripada jualan, maka nilai itu bersamaan RM8 bilion. Pada angka demikian, maka secara automatik usahasama antara Petronas dengan syarikat besar lain tidak boleh lagi diteruskan kerana usahasama  itu jika diteruskan akan defisit RM5 bilion. Persoalannya, siapa yang tanggung defisit tersebut? 

Mudah memperkatakan hasil minyak dan gas kalau sudah dijumpai telaga. Namun, semasa telaga itu dicari, syarikat usahasama hanya seperti memancing yakni boleh dapat ikan, boleh juga tidak. Adalah kebiasaan bagi industri carigali minyak dan gas keuntungan yang diberikan adalah 15% daripada nilai produk yang diperolehi. Atas sebab itu, kadangkala bagi maksud mengimbangi nilai daripada hasil jualan, maka keluaran ditingkatkan kerana operasi hanya akan untuk pada satu tahap jualan yang ditetapkan. Jika tahap jualan yang ditetapkan tidak tercapai, maka operasi akan berada dalam keadaan rugi.

Memandangkan jumlah aset usahasama antara Petronas dan syarikat-syarikat lain adalah diperkirakan untuk Sabah, setidak-tidaknya RM20 bilion jualan diperlukan untuk mencapai tahap menguntungkan. Pada tahap itu, maka Sabah boleh mendapat bayaran tunai RM1 bilion atau RM900 juta. Operasi minyak, biasanya mempunyai kos dan untung yang bersifat “parallel” jika mahu keuntungan naik, maka kos juga naik. Kos boleh diturunkan jika output tanpa had, namun dalam soal minyak Sabah, output terhad kepada lebih kurang 200 ribu tong sehari. Ertinya, menurunkan kos melalui peningkatan output tidak boleh dilaksanakan.

Orang politik yang bercakap berkenaan minyak dan gas, sebenarnya tidak tahu rintangan dalam industri tersebut. Mereka fikir seperti menjual garam kerana garam berapapun harganya akan juga dibeli walaupun kuantiti tidak bertambah.

Kalaulah industri minyak itu boleh dilaksanakan secara tunggal atau bersendirian, tidak adalah syarikat-syarikat minyak beroperasi di negara-negara pengeluar minyak. Petronas, misalnya mempunyai operasi di banyak negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook