Latest News

Friday 26 August 2016

Mengusung Jenazah Dengan Meredah Sungai di Kota Belud APA KES?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PENDUDUK USUNG JENAZAH MENYEBERANGI SUNGAI DI KG LETINGI KOTA BELUD KERANA JAMBATAN UZUR... Oleh FB TJ Ajamain (screenshot)
(ii) Meredah Sungai Sambil Mengusung Jenazah (Jambatan) – Kota Belud... Oleh Word Press Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot)
(iii) YB Salleh Keruak dan Rahman Dahalan, kamu tidak malukah nampak penderitaan rakyat di kawasan kamu... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iv) Sejak 2008 (sejak jadi MP Kota Belud) penduduk Kota Belud bernasib baik kerana hampir RM1,000,000,000 (1 bilion) jumlah pembangunan telah dibawa kerajaan ke Parlimen Kota Belud... Oleh FB Page Suara Rakyat (screenshot)

KEDUDUKAN tanah kuburan orang-orang Islam di Kg Letingi, Kota Belud memang perlu menyeberang sungai. Di seberang sungai itu hanya kuburan sahaja yang ada. Bagi kemudahan penduduk telah dibina jambatan gantung. Namun, jambatan itu hanya digunakan jika air sungai pasang. Manakala jika masa surut, penduduk lebih gemar menyeberang sungai itu dengan meredahnya sahaja.

Melalui jambatan gantung, tidak dapat mengusung jenazah secara berempat, sebaliknya hanya berdua iaitu seorang di depan dan seorang di belakang. Ini disebabkan luas jambatan gantung itu hanya boleh dilalui seorang seorang.

Oleh kerana ada penduduk yang minat mengusung jenazah berempat kerana jenazah diletakkan di atas usungan yang diperbuat daripada bambu atau papan, maka jika demikian perlu diangkat atau diusung secara berempat. Maklumat sahih yang diterima oleh AFS: Kejadian di Kampung Letingi, Kota Belud itu memang benar-benar berlaku. 

Memang seharusnya membina jambatan konkrit atau kayu untuk laluan sedemikian. Suatu masa akan datang, akan juga dibina jambatan tetap bagi kegunaan penduduk menghantar jenazah jika peruntukan untuk itu telah tersedia.

Kerajaan sebenarnya mahu membina apa sahaja kemudahan untuk rakyat, namun kekangan kewangan yang tidak dapat dielakkan merupakan faktor yang menghalang apa sahaja jenis pembinaan. Kerajaan mempunyai keutamaan dan atas sebab itu yang utama didahulukan, manakala yang kurang dikemudiankan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook