Latest News

Wednesday 3 August 2016

NAMA-NAMA HEBAT DILAMPIRKAN Untuk Jalan Kampung, Ada Saja Karenah Doris...

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini nama-nama hebat, terlibat di kawasan sana dan berhampiran.. Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS Jones, mungkin tidak tahu macam mana itu jalan kampung. Mungkin atas sebab terlalu lama tinggal di London, maka dia tidak tahu sudah rupanya jalan kampung.  Doris, perlulah kamu jalan-jalan di luar kota di London atau kawasan-kawasan pedalaman yang kurang penduduk dan pasti kamu akan jumpa jalan seperti ini.

Doris sudah lupa bahawa Sabah mempuyai kawasan yang luas dan kawasan-kawasan itu tidak mempunyai penghuni. Kalaupun ada, hanya sedikit malah mereka itu bergantung kepada pertanian pindah-randah. Tahukah apa itu pertanian pindah randah? kalau tidak tahu, maka atas sebab itulah jalan-jalan seumpama ini banyak terdapat di Sabah.

Sebenarnya, kerajaan hanya membina 'jalan-jalan perhubungan' sementara jalan kampung akan dibina jika mempunyai permintaan keperluan daripada penduduk kampung. Ertinya, jika ada permintaan, maka kampung itu sudah digazetkan sebagai kampung. Jika sesebuah kampung belum digazetkan sebagai kampung, maka kampung yang dimaksudkan adalah termasuk dalam 'kampung sementara'. Atas faktor kampung sementara itulah jalan-jalan kampung tidak dibina sebaliknya hanya jalan laluan seperti mana ditunjukkan melalui gambar di facebook tersebut.

Kerajaan membina jalan perhubungan atau jalan kampung berasaskan keperluan, bukannya membina atas 'suka-suka' kerana wang kerajaan perlu digunakan sebaik mungkin untuk faedah rakyat.

Kepada Doris Jones, mintalah kepada pencacai anda gambar-gambar jalan yang dibina dengan cantik di kawasan Kota Marudu. Ini kerana melalui itu, anda boleh dianggap berkata benar. Jika tidak, anda hanya menjadi bahan ketawa kerana penduduk Kota Marudu tahu benar keadaan sebenar. Mungkin, cara anda ini boleh mengaburi penaja anda tetapi tidak penduduk Kota Marudu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook