Latest News

Tuesday 9 August 2016

Parti Baru PARTI KECEWA


SESUAI dengan namanya, parti baru adalah parti kecewa, maka para pemimpin dan ahlinya pun terdiri daripada mereka yang kecewa.

Parti baru yang bakal ditubuhkan Tun Mahathir di Semenanjung dan di Sabah oleh Datuk Seri Shafie Apdal selain parti kecewa, juga parti itu mengumpulkan mereka-mereka yang penuh dendam. Cuba bayangkan, apa bentuk manusia yang berada dalam keadaan dendam dan kecewa, “samarawot”. Samarawot adalah perkataan suku Sunda Jawa Barat, Indonesia yang menggambarkan kekusutan luar biasa yang didepan atau sedang melanda seseorang.

Bolehkah sesebuah parti yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia, namun dipimpin dan disokong oleh mereka yang kecewa dan penuh dendam? 

Parti baru yang bakal ditubuhkan Tun Mahathir, kononnya mahu mengalahkan UMNO/BN kerana hanya melalui kekalahan UMNO/BN sahaja boleh menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak. Tindakan Tun Mahathir itu, samalah dengan marahkan nyamuk, maka kelambu dibakar dan kemudian merebak termasuk rumah juga terbakar.

Rakyat negara ini khususnya Melayu/Bumiputera kena sedar dan perlu faham tujuan utama Tun Mahathir menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak hanya kerana Perdana Menteri keenam negara itu tidak sanggup menjadi pak turut.

Rakyat secara umumnya, khususnya mereka yang berada dalam golongan sederhana dan ke bawah, selama 22 tahun Tun Mahathir memerintah, pembelaan kepada golongan ini sangatlah rendah kerana pendekatan mantan Perdana Menteri itu adalah memperkayakan segolongan kecil daripada rakyat. 

Lihat bagaimana pendekatan mantan Perdana Menteri itu melalui projek-projek mega dan penswastaan yang tidak menjurus kepada pembelaan golongan sederhana dan ke bawah, sebaliknya hanya menguntungkan golongan elit.

Berlainan dengan pendekatan Dato' Seri Najib Razak, yang mengutamakan golongan sederhana dan ke bawah, misalnya melalui pemberian BR1M, pembinaan UTC, pembinaan kedai-kedai rakyat, program 1Azam, Mesej serta penaiktarafan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, MRT dan LRT yang menjuruskan kepada keperluan rakyat secara keseluruhan khususnya mereka yang berada dalam golongan sederhana dan ke bawah.

Mungkin, masih ada yang ingat tindakan Tun Mahathir untuk mendorong ekonomi adalah melalui pemberian projek-projek pada kumpulan kontraktor, namun impak kepada tindakan itu hanya sementara dan tidak mempunyai impak berganda yang panjang. Sebaliknya, melalui pemberian BR1M yang berjumlah RM5.2 bilion setiap tahun, mempunyai impak berganda kepada daya beli golongan sasar. Apabila daya beli golongan sasar meningkat dengan tambahan pendapatan RM5.2 bilion, bermakna sejumlah barangan atau perkhidmatan yang bernilai itu ditawarkan. Pendekatan BR1M bersifat 'massa' manakala pendekatan pemberian kontrak hanya melibatkan sebahagian kecil rakyat.

Tun Mahathir sama sekali tidak bersetuju dengan pendekatan Dato' Seri Najib Razak yang bersifat massa kerana tindakan itu menjadikan PM keenam itu mengatasi seluruh PM sebelumnya termasuk Tun Mahathir sendiri.  Atas sebab itu, tindakan Dato' Seri Najib Razak itu dimanipulasi melalui dakwaan “cash is king”, dengan ulasan yang berbagai kononnya untuk membantu rakyat seperti perumpamaan, "jangan beri ikan tetapi beri pancing". Namun, apa yang tidak diterangkan oleh Tun Mahathir bahawa ikan yang diberi itu kerana terlalu banyak, maka mendorong pembinaan kilang-kilang ikan dan kilang-kilang ikan itu memerlukan tenaga kerja, ertinya kilang-kilang itu mewujudkan lapangan pekerjaan.

Memang berlaku hipokrasi berkaitan dengan BR1M. Mereka yang menentang program itu senyap-senyap memohon dan menerima. Pada awalnya, diperkirakan rakyat Semenanjung tidak akan gian memohon kerana dirasakan mereka itu sudah maju ke depan berbanding penduduk Sabah dan Sarawak. Namun, berasaskan data mereka yang menerima, jumlah teramai adalah di Semenanjung malah di kawasan-kawasan pemimpin utama negara. Ianya bukanlah ribu tetapi ribuan yang menerima BR1M termasuk di kawasan Pagoh.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook