Latest News

Monday 8 August 2016

Parti Tun Dr. Mahathir PARTI ALTERNATIF???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Syukur lah bung... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

WALAUPUN belum diketahui apa nama kepada parti yang bakal ditubuhkan Tun Dr. Mahathir, namun menurut 'cakap-cakap' orang-orang terdekat mantan Perdana Menteri itu bahawa parti itu hanya untuk Melayu atau Bumiputera. Melihat kepada keanggotaan parti itu, jelas ianya berfokus kepada ahli-ahli UMNO di Semenanjung dan Sabah. Oleh kerana sekutu Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal bakal menubuhkan parti bercorak serupa, maka adalah diyakni parti Tun Dr. Mahathir tersebut hanya beroperasi di Semenanjung. Namun, bekerjasama dengan parti bermatlamat sama di Sabah.

Politik adalah satu permainan. Politik juga satu perjuangan. Kewujudan parti Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal adalah satu permainan, bukan satu perjuangan. Mengapa dikatakan satu permainan? Kerana sasaran keahlian atau keanggotaan parti itu sebenarnya tidak perlu lagi diperjuangkan mana-mana parti. Dan ianya sama matlamat utama penubuhan parti UMNO, ertinya Melayu atau Bumiputera merupakan misi utama parti UMNO.

Kita semua ketahui bahawa tujuan penubuhan parti Tun Dr. Mahathir adalah semata-mata untuk menggulingkan Dato' Seri Najib Razak. Oleh kerana Najib tidak mampu mereka gulingkan melalui berbagai kaedah termasuk dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, maka akhirnya mereka memilih untuk mengalahkan BN kerana hanya itu sahaja cara menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak. Demikian juga di Sabah, keinginan Datuk Seri Shafie Apdal untuk menjadi Ketua Menteri tiada cara lain melainkan menubuhkan parti baru untuk melawan BN dan jika menang maka beliau bakal dilantik sebagai Ketua Menteri.

Apa yang dikatakan oleh MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bahawa kewujudan parti Tun Dr. Mahathir dan Shafie yang hanya mensasarkan Melayu atau Bumiputera, maka sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat golongan itu kerana mempunyai parti alternatif. Bagi mereka yang mempunyai semangat pejuang, kewujudan parti baru itu tidak berimpak. Namun, mereka yang berada di atas pagar telah mempunyai parti alternatif untuk disertai. Inilah maksud Bung Moktar. Dan jika ini berlaku, maka benar bahawa kewujudan parti Tun Dr. Mahathir dan Shafie bakal mencelakakan UMNO.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook