Latest News

Tuesday 23 August 2016

Parti Umno PARTI BERMARUAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) muka muka himpunan baju merah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(ii) sabah kubu kuat UMNO BARISAN NASIONAL... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

KALAULAH parti UMNO menipu rakyat, tidak mungkin boleh bertahan lebih setengah abad. Malah, di Sabah sudah 25 tahun dan memerintah sejak tahun 1994.

Oleh kerana parti UMNO tidak mensia-siakan amanah rakyat dan tidak menipu rakyat, maka rakyat terus menyokong dan setiap pilihan raya semua calon-calon UMNO menang dengan majoriti besar! 

Pembangkang termasuklah pengguna facebook tersebut merupakan mereka yang benar-benar cemburu terhadap kejayaan parti UMNO sehingga tidak boleh lagi menghentam dan bahasa yang paling mudah digunakan adalah perkataan MENIPU! Cuba senaraikan satu sahaja, parti UMNO dikatakan penipu.

Pembangkang akan terus berputih mata selagi ada parti UMNO kerana parti UMNO mengutamakan rakyat, penyokong dan ahli. Pemimpin UMNO bukan menggunakan politik retorik tetapi setiap janji akan dikotakan dan ditunaikan! Manakala pembangkang hanya menggunakan air liur selain berbohong dan tidak tunai janji!

Tiada gunanya penyokong pembangkang termasuk pemilik facebook tersebut mendakwa bahawa parti UMNO menipu sebabnya rakyat yang mendapat pembelaan tidak merasa parti UMNO merupakan parti menipu.

Parti UMNO akan terus mendapat sokongan rakyat walau apa cara manapun parti pembangkang dan penyokong pembangkang membuat fitnah dan pembohongan. Rasakan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook