Latest News

Wednesday 17 August 2016

"PELAN TINDAKAN MUTU BOLA SEPAK SABAH" - MUSA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Presiden SAFA hanya pandai bercakap tp tindakan tiada... Oleh FB Page Oh Sabahku (screenshot)
(ii) Dengar cerita bayaran gaji pemain sudah diselesaikan ada Sabtu lepas... Oleh FB Page Oh Sabahku (screenshot)

PERMAINAN bola sepak adalah permainan berasas skil individu dan kemudiannya kesebelasan yang mempunyai skil masing-masing digabung menjadi satu pasukan. Memilih pemain yang sesuai dengan fungsi masing-masing adalah tugas jurulatih. Jurulatih akan mengenal pasti pemain sebagai penjaga goal, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang mengikut posisi masing-masing yang sesuai.

Pengurus atau pengurusan hanya mengurus bagaimana mencari dana, mencari penaja (sponsor), mengurus kebajikan pemain dan sebagainya. 

Kebolehan pasukan bukan terletak kepada pengurusan sepenuhnya tetapi juga kepada para pemain. Para pemain hanya dibantu jurulatih untuk memanfaatkan skil masing-masing. Apabila tahap skil kesemua pemain dikombinasikan secara maksima semasa acara pertandingan, maka sesebuah pasukan boleh menang! 

Tidak ada yang boleh dilakukan oleh pengurusan atau mana-mana persatuan bola sepak seperti SAFA selagi tidak menemukan kombinasi pemain dengan skil masing-masing. Kombinasi itu sangat terletak kepada pemain yang ditemui dan bukannya terletak kepada pengurusan. 

Untuk menemui pemain yang diperlukan dan yang mempunyai skil yang diperlukan, maka hanya melalui pertandingan. Atas sebab itu, Datuk Seri Musa Aman sebagai Presiden SAFA mahukan banyak pertandingan selain menguji bakat dan juga pertandingan merupakan wadah untuk mencari pemain.

Tuntasnya, tidak ada cara mencari pemain kerana cara itu hanyalah melalui pertandingan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook