Latest News

Friday 26 August 2016

PEMBINAAN Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Semporna Tidak Dipengaruhi Politik

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Telah difahamkan kolej KPTM di Semporna... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

KOLEJ KPTM Semporna adalah di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat (MARA). Mara adalah dibawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kalau benar kolej itu dipindah, mungkin atas keputusan Mara atau KKLW dan bukannya atas arahan Datuk Seri Musa Aman.  

Mara mempunyai banyak pertimbangan dalam membina kolej pendidikan. Kalaulah Semporna didapati tidak sesuai, maka lokasi yang lain adalah yang bakal sesuai dan strategik. Tetapi, jika daerah Semporna tidak sesuai, maka Mara tidak akan membina tapak kolej itu di Semporna walaupun diumumkan sendiri oleh mantan menteri KKLW.

Pembinaan kolej tidak dipengaruhi politik. Contohnya, kawasan Kuala Lumpur adalah kawasan Pembangkang, namun berapa universiti telah dibina di kawasan tersebut? Page yang mengandaikan kononnya KPTM dipindah atas arahan Musa, sebenarnya hanya cakap-cakap bodoh dan mengarut apatah lagi dikaitkan dengan Datuk Seri Shafie Apdal. 

Pembinaan kolej atau prasarana pendidikan, sebenarnya bergantung kepada keperluan dan kesesuaian sesuatu tempat dan lokasi termasuklah kemudahan pusat-pusat latihan pelajar atau tempat praktikal amali pelajar. Jika prasarana atau kemudahan itu tidak tersedia, di mana sesebuah kolej akan dibina atau kemudahan seperti itu berlokasi jauh dari kolej berkenaan, maka ianya juga satu pertimbangan apakah meneruskan pembinaan sebuah kolej itu atau sebaliknya.

Pembinaan sebuah kolej yang ditaja oleh Mara, sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada keputusan Mara dan bukannya daripada pihak-pihak lain termasuk Datuk Seri Musa Aman. Musa sebagai Ketua Menteri hanya diberi taklimat betapa mustahaknya sesebuah kolej diwujudkan dan atas sebab itu, lazimnya  pihak kolej akan memohon tanah daripada kerajaan negeri untuk tujuan pembinaan kemudahan tersebut.

Jika benarlah kolej Mara itu mahu di pindah ke Sandakan, ianya juga perlu disokong kerana Sandakan mempunyai kemudahan sokongan untuk sesebuah kolej seumpama itu.

Apa yang penting pada sesebuah kolej seumpama itu adalah para pelajar mempunyai peluang yang kondusif bagi menamatkan pengajian, tepat masa dan mudah menjalankan amali kerana kemudahan-kemuadahan seumpama itu seharusnya tidak jauh daripada kampus. Kemungkinan besar, itulah sebabnya mengapa KPTM dipindah dari Semporna jikapun memang dakwaan itu adalah benar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook