Latest News

Friday 12 August 2016

Pendekatan MUSA Berasaskan Pentadbiran, ANIFAH Berasaskan Dokumen MA63

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman kata, Sabah ada cara tersendiri menuntut hak hak Sabah... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

SEBENARNYA, pendekatan pentadbiran dan pendekatan dokumen sejarah saling melengkapi antara satu sama lain. Oleh kerana Jalin Liun terlalu cetek akal, maka dia tidak boleh memahami pendekatan itu.

Pemimpin Sabah mahu apa sahaja hak rakyat Sabah melalui pembentukan Persekutuan Malaysia yang diletakkan semula untuk generasi akan datang. Para pemimpin yang ada, tidak mahu tercatat nama mereka dalam sejarah oleh kerana tidak memperjuangkan bagi meletakkan hak rakyat yang sepatutnya. 

Jika dahulu semasa pembentukan Persekutuan Malaysia, generasi kini menuduh bahawa pemimpin dahulu tiada pendidikan, maka kononnya tertipu. Atas sebab itu, banyak hak-hak rakyat terlepas pandang.  Berasaskan kepada pengalaman itu, maka pemimpin hari ini tidak mahu nama mereka dibabitkan oleh generasi akan datang yang kononnya tidak berjuang untuk mereka.

Kini, para pemimpin Sabah mempergunakan dua pendekatan iaitu pendekatan pentadbiran dan sejarah agar ianya menjadi satu pendekatan untuk meletakkan hak-hak rakyat Sabah.

Secara pentadbiran, memang kerajaan negeri mempunyai caranya sendiri atas sebab hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi negara. Selain itu, mereka mewakili parti yang sama. 

Manakala pendekatan sejarah adalah pendekatan berasaskan pandangan umum rakyat Sabah termasuklah pembangkang agar kesemua kemusykilan diambil kira. Apabila semua kemusykilan itu diambil kira, maka ianya diterjemahkan kepada pendekatan pentadbiran untuk pelaksanaan. Jika tidak, pendekatan sejarah itu hanya akan menjadi cerita atas kertas sahaja atau cerita-cerita kedai kopi. Samalah dengan ulasan-ulasan penyokong Datuk Seri Shafie Apdal itu, yakni ia akan menjadi cerita-cerita kedai kopi. 

Habis kopi, habislah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook