Latest News

Friday 12 August 2016

Pendekatan Pemimpin Berhemah Memang Demikian

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mr.Review 2.0... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

PENDEKATAN berhemah dan musyawarah merupakan pendekatan Datuk Musa Aman. Sebarang tindakan, beliau perlu melalui jiwa yang tenang dan tidak terburu-buru supaya apa yang dikehendaki tertunai dan tidak membuang masa.
  
Sebagai contoh, tuntutan royalti minyak. Jika hanya bersandarkan kepada peratusan, ianya tidak akan ke mana-mana. Satu hari nanti, rakyat Sabah akan selamanya tidak pakar dalam industri minyak. Datuk Seri Musa Aman tidak menuntut royalti tetapi ekuiti dan kemudiannya menubuhkan syarikat minyak sendiri. Melalui ekuiti, ertinya, selain mendapat royati turut memperolehi juga hasil dividen. Manakala industri minyak milikan sendiri, ertinya rakyat Sabah mendapat pengalaman dalam industri minyak selain dapat mewujudkan industri hiliran milik kerajaan negeri sepenuhnya.

Berkaitan autonomi, pemimpin Sabah melakukannya secara pendekatan pentadbiran dan sejarah. Pendekatan itu untuk mencari titik temu bagi menjadikan polisi kerajaan kekal selama-lamanya. Hal ini kerana Datuk Seri Musa Aman tidak mahu berlaku kejadian seperti tahun 1985 hingga 1994 di Sabah dan tahun 1999 hingga tahun 2004 di Terengganu yang di mana, royalti minyak tidak dibayar kepada kerajaan negeri sebaliknya kepada agensi Persekutuan. 

Datuk Seri Musa Aman mempunyai matlamat dan apa sahaja polisi kerajaan adalah untuk kepentingan rakyat dan generasi akan datang.

Berhubung dengan tambahan DUN Sabah, memang sewajarnya pengagihan kerusi bagi komponen parti akan dirunding untuk kebaikan rakyat Sabah. Tujuan penambahan kerusi DUN adalah bertujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kalaulah Datuk Seri Musa Aman mahu agar BN terus memerintah, maka tidak perlu menambah jumlah DUN memandangkan jumlah DUN sekarang, tidak ada tanda-tanda BN boleh diganggu-gugat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook