Latest News

Tuesday 9 August 2016

Penurunan Kuasa/Autonomi Untuk Sabah: BERTERIAK TIDAK SEMESTINYA BERJAYA - MUSA

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman, the biggest crook in Sabah... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)
(ii) BUNYI MULUT DAN DETAK HATI TETAP BERBEZA... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(iii) JARI TELUNJUK LURUS KEDEPAN... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

JANGAN samakan pendekatan Sarawak dengan Sabah berhubung dengan penurunan kuasa atau autonomi  daripada Persekutuan. "Sabah mempunyai caranya sendiri", demikian Musa memberitahu Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Selasa yang lalu.

Berteriak, tidak selamanya berjaya. Namun, pendekatan Sabah menurut pengalaman Musa selama lebih 13 tahun sebagai Ketua Menteri, sebarang permohonan atau permintaan Sabah untuk faedah rakyat senantiasa diberikan atau diluluskan. 

Sabah lebih suka melakukan pendekatan berhemah melalui perbincangan dan ianya tidak perlu dihebahkan hanya kerana untuk mendapatkan publisiti. Sabah tidak memerlukan publisiti kerana kerajaan Persekutuan senantiasa memberikan yang terbaik untuk Sabah dan rakyatnya. 

Sebagai kawan sepasukan, perlu ada situasi menang-menang dan saling hormat-menghormati. Berasaskan pendekatan itu, maka pengalaman Sabah merupakan pendekatan yang paling sesuai berhubung dengan isu penurunan kuasa atau autonomi daripada kerajaan Persekutuan.

Pihak pembangkang Sabah, mungkin melihat cara Sarawak terbaik kerana negeri itu lebih gemar menggunakan media berbanding cara perbincangan, itu yang rakyat nampak. Namun, apakah cara itu berjaya? Ianya merupakan satu pertanyaan. Cara berteriak atau menggunakan media, boleh sahaja berjaya. Tetapi kita perlu ingat, sebarang permintaan itu, perlu diteliti sebaik-baiknya termasuk semua implikasi atau kesan kerana sebaik sahaja sesuatu keputusan dibuat, maka sukar untuk membatalkan atau menarik semula keputusan itu. 

Mendesak tidak selamanya baik walaupun kadangkala ianya memenuhi hasrat yang meminta. Mendesak boleh sahaja menimbulkan kekecewaan kepada yang mendesak, jika sesuatu permintaan tidak diberikan. Mendesak juga membawa implikasi tidak senang kepada yang didesak. Mendesak, boleh mewujudkan konflik walaupun mendesak itu dilihat baik.

Kerajaan Sabah, lebih cenderung kepada keadaan yang berhemah, mengelak kewujudan konflik dan semuanya itu atas dasar asas bernegara. Mungkin, atas sebab Sabah diperintah oleh parti yang sama dengan Perdana Menteri, maka wujud satu suasana yang lebih akrab berbanding Sarawak yang berpaksi kepada komponen parti.

Tan Sri Adenan Satem, memang daripada awal-awal kelihatan suka berkonfrontasi dengan kerajaan Persekutuan. Sifat itu dapat dilihat semasa beliau dilantik sebagai Menteri Persekutuan. Dengan tiada sebab, beliau melepaskan jawatan. Juga, menjelang PRN-11 (Sarawak), apabila Tan Sri Alfred Jabu Numpang mahu bersara, maka pemimpin Dayak yang paling kanan adalah Dato' Sri Douglas Uggah Embas, di mana ketika itu menjawat Menteri Persekutuan. Oleh kerana Adenan mahu beliau bertanding pada PRN Sarawak Ke-11 Sarawak, tanpa sedar beliau mengeluarkan kenyataan, “don’t waste your time, you must came back to Sarawak to serve. Kenyataan itu dimaksudkan agar Uggah kembali ke Sarawak.

Pemimpin pembangkang Sabah mahu cara Adenan itu dan cara itu, tidak sesuai dengan kerajaan BN yang ditunjangi parti UMNO.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook