Latest News

Monday 22 August 2016

Peranan UPKO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Banyak pencapaian Upko penuhi aspirasi MA63: Bingkasan... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(ii)upko..TATAP BN..apa yang diperjuangkan... Oleh FB Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(iii)TEMBERANGLAH UPKO... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iv) Mana otak terletak... Oleh FB Doris Jones(screenshot)

PARTI UPKO mempunyai komitmen terhadap Barisan Nasional. Sebagai keluarga BN termasuk parti UMNO, maka setiap parti mempunyai peranan masing-masing. Dalam konsep BN, setiap parti mempunyai peranan masing-masing sesuai dengan matlamat penubuhan partinya. Parti UPKO diberi peranan untuk membela rakyat yang diperjuangkannya demikian juga parti UMNO dan parti-parti komponen lain. 

Oleh kerana konsep BN saling berkongsi kuasa, maka setiap ahli atau penyokong saling sokong-menyokong antara satu sama lain. Memang konsep berkongsi kuasa BN sukar ditandingi mana-mana pihak termasuklah pembangkang. Atas sebab itulah mereka itu hanya tahu membuat dakwaan liar termasuk provokasi. 

Parti UPKO yang merupakan sebahagian keluarga BN. Umpamanya dalam sebuah keluarga yang berbilang kaum dan agama, di mana keadaan itu memangpun berlaku di Sabah. Di Sabah ada keluarga yang bercampur-campur, baik suku mahupun agama. Walaupun dalam keluarga itu terdapatnya berbagai suku dan agama, namun mereka rukun damai. Demikianlah yang berlaku dalam BN Sabah. Maka, kerana itulah parti UPKO membuat kenyataan bahawa parti itu akan terus membela rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang yakni atas nama sebagai parti dalam keluarga besar BN yang tidak terlepas memperjuangkan rakan-rakan dalam komponen termasuklah parti UMNO. Keadaan demikian juga berlaku dalam parti UMNO, di mana parti itu memperjuangkan semua rakyat tanpa melihat latar belakang walaupun keahliannya hanya untuk bumiputera.

Pembangkang sebenarnya cemburu dengan ikatan kekeluargaan BN. Sebab itu, mereka mengecam pemimpin parti komponen BN termasuklah Datuk Seri Madius Tangau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook