Latest News

Monday 1 August 2016

PERBANDINGAN Harga Minyak Sesebuah Negara Dijadikan Hasutan

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

i) Harga petroleum di negara merdeka dan berdaulat... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MEMANGLAH individu seperti Doris Jones bercakap soal harga minyak berasaskan apa yang dia nampak. Sebabnya, orang kecil seperti dia memang hanya nampak apa yang ada di depan matanya sahaja!

Doris menyangkakan, penentuan harga minyak hanya berasaskan kepada bahawa sesebuah negara itu sebagi pengeluar. Dia tidak faham bahawa minyak itu memerlukan kos yang tinggi untuk mengeluarkannya.

Mengapa Brunei mampu tidak menaikkan harga jual di stesen minyaknya untuk sekian lama? Sebabnya, dikala kos pengeluaran rendah negara itu telah mendapat keuntungan yang cukup besar. Apabila kos meningkat, negara itu masih dapat bertahan pada harga lama kerana pengumpulan keuntungan sebelumnya yang mampu membayar subsidi kepada harga minyak. Lagipun, harga minyak di pasaran dunia cenderung menurun sehingga tiada sebab negara itu menaikkan harga minyak.

Sebenarnya, Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Brunei kerana negara itu ditakrifkan sebagai 'negara pengeluar minyak', sedangkan Malaysia tidak. Malaysia bukanlah sebagai negara pengeluar minyak kerana keluaran minyak negara hanya 700 tong sehari, yakni tidak memenuhi tafsiran sebagai pengeluar minyak. Malaysia, sebenarnya nett importer minyak yang bermaksud setiap pengeluaran adalah sesuai dengan penggunaan.

Oleh kerana Doris Jones seseorang yang kurang ilmu dan pengetahuan, maka dia seperti anak ayam, yakni apa sahaja makanan yang diberikan akan ditelan dan tidak mahu tahu jenis apakah makanan itu yang penting 'tembolok' penuh. Kerana sifatnya, sebagai individu yang tidak berilmu, maka bercakap berkaitan minyak macam seekor tikus membaiki labu atau bagaikan kera mendapat bunga.

Doris lupa, bahawa kehidupan di Malaysia bukan tertumpu sepenuhnya terhadap minyak kerana minyak bukanlah sebagai pengerak utama kepada kehidupan rakyat. Hanya mereka yang kurang pengetahuan menjadikan minyak sebagai penentu kehidupan. Sebagai contoh, bagi orang yang kurang faham sehingga termakan hasutan para peniaga kononnya harga minyak penentu kepada harga barang namun apa yang peliknya, apabila harga minyak turun, harga barang tidak ikut turun malah masih menaik. Sebabnya, penentuan harga bukannya terletak pada harga minyak melainkan harga ditentukan oleh kuasa pasaran iaitu kuasa pembeli dan penawaran. Persetujuan antara pengguna dan pembekal harga akan ditentukan. 

Mempergunakan harga minyak untuk menghasut, bagaikan menyiram air di daun keladi atau sama dengan menabur garam ke laut, yakni suatu tindakan yang sia-sia dan buang masa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook