Latest News

Monday 1 August 2016

PERMAINAN PROPAGANDA: Ahli UMNO Sabah Keluar Beramai-ramai???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BANYAK CAWANGAN UMNO SABAH TUTUP KEDAI... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

PERMAINAN propaganda memang hebat! Bagi mereka yang hadir pada acara-acara yang diadakan pembangkang, sedia maklum bahawa 95% peratus mereka yang hadir adalah penyokong pembangkang, kecuali semasa Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti pada 4 Julai yang lalu. Majlis di Kota Belud Tenom adalah sama 'mereka' yang hadir majoriti ialah penyokong pembangkang. Jika ada yang hadir bukan penyokong pembangkang, atas kerana mengambil kesempatan sempena perayaan iaitu sambutan Hari Raya.

Di Tenom, mengapa ramai yang hadir? Sebabnya, majlis itu adalah Pesta Rakyat termasuk pertandingan ratu cantik yang membawa hadiah RM15 ribu bagi pemenang. Manakala bagi menarik lagi orang ramai datang, maka banyak hadiah cabutan bertuah diadakan. Hadiah cabutan bertuah yang menanti penghujung termasuk 5 buah motorsikal, dua (2) lori basikal dan hadiah-hadiah lain.

Dalam suasana orang berhimpun walaupun seorang sahaja yang keluar parti, maka mereka yang disekelilingnya sudah tentu mengaku ahli UMNO yang turut angkat tangan menyokong pengumuman keluar.

Seperti mana diwar-warkan, dikatakan 1500 ahli UMNO daripada Tenom dan Melalap keluar parti. Namun, angka itu sedang dikaji dan dikenal pasti oleh bahagian tersebut. Siapakah mereka itu? Sebabnya, sehingga kini tiada permohonan rasmi daripada mana-mana pihak di Tenom dan Melalap untuk kelaur parti. Bahagian UMNO Tenom atau Keningau atau Pusat masih belum menerima sebarang permohonan untuk menyatakan keluar parti.

Perang psikologi dalam politik memang demikian supaya ada pihak yang terpengaruh. Bagi UMNO, jika ada “ahli” yang keluar daripada parti tidak semestinya membimbangkan. UMNO Sabah mempunyai 550 ribu ahli. Jika 100 ribu yang keluar parti, parti itu masih mengekalkan 450 ribu! Bermakna, masih majoriti! Dalam demokrasi, satu undi kelebihanpun adalah pemenang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook