Latest News

Tuesday 30 August 2016

PERSETUJUAN DENGAN PETRONAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Najib hina Sabah. Sarawak dapat 7... Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)

APA yang telah dipersetujui antara Petronas dan Sarawak adalah berasaskan 'keutamaan' negeri tersebut. Sarawak dan Sabah meskipun berjiran dan dalam satu negara mempunyai keutamaan masing-masing. Keperluan Sarawak tidak semestinya juga keperluan Sabah. Untuk itu, mereka yang suka sangat membanding-bandingkan antara keperluan Sabah dan Sarawak, sebenarnya mereka yang langsung tidak terlibat dengan pembangunan negeri. Mereka itu hanya bercakap apa yang mereka nampak dan terikut-ikut.

Sabah mempunyai pendekatannya sendiri jika berhubung atau berbincang dengan Petronas. Sabah juga tidak gemar mewar-warkan keputusan-keputusan yang dicapai melalui perbincangan dengan Petronas. Sebabnya, Sabah mahu mempunyai hubungan menang-menang dengan Petronas agar semua urusan berjalan lancar dan dalam suasana harmoni.

Berbeza dengan Sarawak, rakyat negeri itu suka kepada 'hebahan' dengan  mewar-warkan sebarang keputusan apabila berbincang dengan Persekutuan atau Petronas. Pemimpin negeri itu senantiasa mahu menunjukkan satu kemenangan manakala pihak Persekutuan dan Petronas dalam kekalahan.

Sarawak mahu mewujudkan tabir atau pembatas antara Persekutuan atau Petronas. Melalui cara itu, maka mana-mana pihak tidak boleh mendapat lebih atau kurang daripada sesuatu perkara yakni membawa pengertian, "milik kamu adalah milik kamu, milik kami adalah milik kami". Manakala pendekatan Sabah lebih bersifat kekeluargaan, "kadangkala mendapat lebih, kadangkala kurang" dan yang pasti setiap masalah perlu diselesaikan melalui cara yang sangat harmoni.

Mereka yang mahu memanas-manaskan atau membuat provokasi kepada pemimpin Sabah agar mencontohi cara Sarawak, sebenarnya telah gagal memahami keadaan Sabah dan Sarawak. Pemimpin Sabah tidak perlu melalak atau terlolong apabila memerlukan sesuatu daripada Persekutuan atau Petronas. Cukup hanya melalui 'berbisik-bisik' atau 'phone call' atau hanya melalui pesanan 'memo', jika keperluan itu boleh diberikan, maka diberikan. Jika tidak, maka dibincang untuk mencari penyelesaian.

Menganggap melalui pelantikan ahli lembaga pengarah, maka kononnya satu kejayaan dalam berbincang dengan Petronas adalah tidak benar. Satu kejayaan yang dikira berjaya bukan melalui pelantikan kepada jawatan-jawatan dengan berapa ramai yang boleh dilantik. Satu kejayaan perbincangan dengan Petronas adalah melalui kadar sumbangan syarikat tersebut kepada pembangunan negeri khususnya pewujudan kilang-kilang berkaitan dengan minyak dan gas kerana dengan melalui cara itu akan lebih banyak menyumbang berbanding melantik pekerja daripada Sabah.

Sabah telah memperolehi banyak manfaat melalui kerjasama dengan Petronas termasuklah pembinaan kilang baja urea di Sipitang dan terminal gas di Kimanis. Pembinaan kilang-kilang seumpama ini lebih banyak manfaatnya berbanding melantik rakyat Sabah ke semua jawatan Petronas yang beroperasi di Sabah yang mungkin tidak dapat dilakukan kerana sifat syarikat tersebut yang memerlukan pelbagai disiplin kepakaran.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook