Latest News

Thursday 4 August 2016

Peruntukan Untuk Naik Taraf Jalan Raya

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ni Jalan Raya Kg. Kondohon tidak pernah dinaiktaraf lebih 15 tahun atas banyak alasan... Oleh FB Darrel Leiking (screenshot)

ADA dua cara mendapatkan kelulusan naik taraf jalan raya. Pertama, jalan itu mesti digazetkan sebagai infrastruktur jalan raya. Kedua, jika digazetkan, maka pihak kerjaan tempatan perlu memohon peruntukan untuk menaik taraf.

Di lain pihak kerajaan juga mempunyai prioriti semasa mempertimbangkan atau meluluskan peruntukan. Jika jalan raya yang dimaksudkan belum digazetkan, biasanya akan tertakluk kepada peruntukan kerajaan. Jika jalan yang dimaksudkan sudah digazetkan sebagai jalan raya, maka kerajaan juga mempunyai pertimbangan berkaitan jalan itu. 

Kerajaan dalam memberikan atau meluluskan peruntukan sangat bergantung kepada keutamaan. Kerajaan melihat siapa yang mewakili kawasan itu? Jika kawasan itu bukan diwakili pihak kerajaan, maka biasanya senarai permohonan itu automatik akan berpindah ke bahagian bawah senarai keutamaan. Atas sebab, kerajaan perlu mengutamakan permintaan atau permohonan pihak-pihak yang mewakili kerajaan terlebih dahulu. Jika semuanya dipenuhi, baru tiba giliran “simpati” kerajaan pada kawasan yang tidak diwakili.

Rakyat perlu faham, kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat perlu mengutamakan mereka yang menentukan kerajaan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan permohonan mereka yang menolak kerajaan. 

Memang malang berlaku pada kawasan yang menolak kerajaan kerana mereka itu hanya diberikan peruntukan sesuai dengan bajet berkala atau bajet tahunan yang diberikan melalui kerajaan-kerajaan tempatan atau majlis kerajaan setempat. Bukannya peruntukan berasaskan permohonan atau peruntukan tambahan.

Bagi kawasan yang diwakili wakil rakyat kerajaan selain peruntukan tahunan juga rakyat mempunyai peluang mendapat peruntukan tambahan atas sebab permintaan wakil rakyat berkenaan.

Kerajaan memberikan peruntukan tahunan atau berkala berasaskan kos berimbang bagi kawasan-kawasan itu tidak kiralah kawasan bukan kerajaan. Namun, bagi kawasan yang diwakili kerajaan mempunyai peluang mendapatkan peruntukan lain daripada peruntukan tahunan.

Bagi isu jalan yang ditimbulkan oleh pemimpin pembangkang seperti mana yang terdapat dalam laman facebook tersebut, sebenarnya yang dimaksudkan adalah  permohonan tambahan peruntukan bagi tujuan naik taraf. Sedangkan, peruntukan tahunan untuk jalan tersebut hanya berupa gravel. Ertinya, jika berlaku lubang sana sini, maka kerajaan tempatan akan menabur batu berkelikir atau gravel dan bukannya dinaiktaraf ke jalan beraspal.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook