Latest News

Tuesday 23 August 2016

Polisi Petronas Adalah Terbaik, Namun Rakyat Kekurangan Kemahiran" - KETUA MENTERI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA Aman tidak tahu ka... Oleh Milin Biok Jr (screenshot)
(ii) Kau nampak apa permainan petronas pada Sabah itu sendiri... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

PETRONAS merupakan syarikat multinasional dan antarabangsa. Berasaskan statusnya, maka kualiti mereka yang diambil bekerja mestilah memenuhi kualiti standard antarabangsa. Kalau dilihat dari segi fizikal, memang rakyat anak muda Sabah dilihat layak diambil bekerja di syarikat itu. Namun, kena ingat bahawa fizikal sahaja tidak memadai kerana syarikat itu perlu kemahiran, komitmen dan disiplin yang tinggi dan bukannya kakitangan yang sambil lewa, lepas gaji, hilang kerana aramaiti. 

Bagi syarikat-syarikat yang pernah memberi kerja kepada rakyat Sabah, sudah tentu sangat maklum dengan perilaku rakyat Sabah (bukan semuanya) tetapi majoriti adalah sedemikian. Cuba buat kajian jenis pekerjaan yang memerlukan komitmen tinggi, didapati sangat jarang mengambil rakyat Sabah. Hal ini kerana “tag” yang melekat pada mereka adalah tiada memberi komitmen dalam pekerjaan. Sekali lagi diingatkan hal ini bukannya secara keseluruhan (bukan semuanya) tetapi itulah hakikat yang diperolehi melalui data sebenar. Ya! Sejujurnya memang ada rakyat Sabah yang mempunyai dedikasi dan mereka itulah yang terpilih untuk berkhidmat dengan syarikat. Namun, jumlah itu sungguh kerdil.

Jika Datuk Seri Musa Aman bercakap berkaitan dengan kemahiran yang belum dimaksudkan adalah skil menyeluruh yang bukan sahaja berkaitan fizikal, malahan kebolehan, komitmen dan disiplin yang menyeluruh kerana sifat syarikat seperti Petronas memerlukan 'jenis' kakitangan yang sedemikian ekoran “bentuk” operasi Petronas adalah berisiko tinggi.

Jika rakyat Sabah memenuhi kriteria sebagai staf Petronas, sudah tentu syarikat itu lebih gemar mengambil rakyat tempatan sebagai pekerja memandangkan polisi Petronas adalah sedemikian. Ini kerana ianya tidak perlu membayar levi jika tidak lagi mengambil tenaga asing atau tidak perlu menyediakan kemudahan tempat tinggal. Namun hal itu, terpaksa sekiranya kakitangan diambil daripada negeri lain. Hakikatnya, atas keperluan pekerjaan, syarikat itu terpaksa mengambil pekerja daripada tempat lain termasuklah kakitangan import.

Memang benar ada rakyat Sabah bekerja di syarikat minyak dan gas luar negara. Namun, mereka itu asasnya diperolehi daripada Petronas dan mereka menimba pengalaman daripada Petronas dan kemudiannya kerana imbuhan yang lumayan, maka berpindah ke syarikat luar negara.

Data tidak pernah berbohong! Datuk Seri Musa Aman diberikan senarai rakyat Sabah yang memohon jawatan daripada Petronas, di mana senarai itu disertakan skil yang diperlukan syarikat itu. Oleh kerana kemahiran yang ada pada rakyat Sabah tidak memenuhi syarat yang diperlukan syarikat, maka tiada yang boleh dilakukan kecuali akur dengan keadaan.

Melalui kenyataan Ketua Menteri itu, maka ianya menjadi cabaran kepada rakyat Sabah khususnya yang termasuk dalam kumpulan yang sedang pencari kerja agar melengkapkan diri dari segi skil dan pada masa yang sama perlu meningkatkan komitmen dan disiplin agar mereka itu boleh memenuhi persyaratan syarikat-syarikat multinational termasuklah Petronas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook