Latest News

Wednesday 24 August 2016

RAKYAT SABAH: RUPANYA ADA JUGA PEMBELA PATI DAN ADA JUGA ANTI PATI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tiga Kampung Menjadi Mangsa Kerakusan UMNO Sabah... Oleh Wordpress Neo Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot) (screenshot)
(ii) Tiga Kampung Menjadi Mangsa Kerakusan UMNO Sabah... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)


PELIK betul sesetengah rakyat Sabah ini. Sekian lama, ramai sangat anti PATI, anti rumah haram atau perumahan setinggan sehingga kerajaan terpaksa berbelanja besar menubuhkan RCI (PATI) Sabah. Kini, ekoran keluarnya Datuk Seri Shafie Apdal daripada parti UMNO, penyokong MP Semporna itu menjadi penyokong PATI pula. Sungguh pelik, tapi benar!

Pihak berkuasa telah mengenal pasti bahawa kawasan setinggan atau penempatan haram kebanyakannya adalah PATI. Memandangkan kerajaan telah membuat keputusan sebaik sahaja Laporan RCI (PATI) Sabah diumumkan pada Disember 2014 lalu bagi memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI, maka telah dikenal pasti cara PATI membiak di Sabah kerana terdapatnya tempat berlindung di kawasan-kawasan setinggan atau penempatan haram.

Telah dikenal pasti bahawa salah satu cara mencegah kemasukan PATI adalah merobohkan penempatan-penempatan haram mereka kerana apabila tiada penempatan haram, maka mereka yang belum datang menyeludup masuk akan teragak-agak untuk datang berikutan ketiadaan tempat selamat untuk berlindung.

Lazimnya, orang tempatan tidak akan membina rumah setinggan kerana mereka itu mempunyai kampung halaman dan kalaupun berhijrah ke bandar, mereka akan ikut anak atau telah membeli ataupun juga telah membina rumah di bandar. Rumah-rumah setinggan biasanya dibina oleh orang-orang bukan tempatan dan biasanya mereka ini mnceroboh tanah-tanah kerajaan. Sejarah wujudnya rumah-rumah setinggan apabila pihak pemaju memohon kebenaran daripada kerajaan tempatan untuk membina rumah-rumah sementara atau rumah kongsi bagi maksud penempatan pekerja mereka. Namun, ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan ikut sama membina rumah-rumah setinggan. Kerajaan atas dasar perikemanusian, biasanya tidak mengambil peduli tentang kewujudan rumah-rumah sementara atau perumahan setinggan itu asalkan tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar seperti membuang sampah merata tempat.  

Perubahan politik menjadikan penduduk setinggan seolah-olah diiktiraf kerana mereka itu merupakan penyokong kuat sesebuah parti. Apabila parti itu menang, maka pemimpin parti terhutang budi kepada mereka sehingga sukar untuk bertindak. Contoh paling jelas adalah Kampung Cenderamata Dua, Likas. Asalnya adalah tanah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak (untuk kawasan kandang haiwan ternak). Namun, oleh kerana mereka yang membina rumah setinggan di atas tanah tersebut adalah penyokong sesebuah parti dan apabila parti itu telah menang membentuk kerajaan, maka diubahlah status tanah itu kepada tanah kampung untuk membolehkan tapak-tapak rumah diberikan kepada rakyat yang mendudukinya. Lebih-lebih lagi secara majoritinya, semua penghuni rumah-rumah setinggan itu adalah rakyat tempatan, maka kerajaan tidak sanggup meroboh atau mengusirnya lagi.

Berlainan dengan keadaan di tiga (3) kampung yang disebutkan. Rumah-rumah haram itu bukan penduduk tempatan yang dirobohkan tetapi rumah-rumah setinggan haram PATI dan rumah-rumah rakyat tempatan yang khusus dibina untuk disewakan kepada PATI yang dirobohkan. Manakala rumah-rumah rakyat tempatan walaupun berstatus setinggan, tiada yang dirobohkan. Sebenarnya, penduduk tempatanlah yang membuat laporan dan seterusnya bekerjasama dengan kerajaan atau pihak berkuasa untuk “pin point” ke atas rumah-rumah yang bukan milik rakyat tempatan.

Tujuan kerajaan merobohkan rumah-rumah setinggan milik PATI sebenarnya untuk menyahut desakan rakyat semenjak sekian lama agar kerajaan bertindak keras terhadap PATI. Hal ini kerana mereka itu merupakan punca jenayah setempat seperti dadah (syabu), rogol, rompak dan pelacuran. Tetapi, apabila kerajaan bertindak sesuai dengan permintaan majoriti rakyat, ada pula yang mempersoalkan tindakan kerajaan itu. Pelik sungguh!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook